• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, October 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Peningkatan Dalam Pengeluaran Tabung Haji

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran wang daripada Tabung Haji (TH) susulan pelaksanaan pelan pemulihan dan penstrukturan semula organisasi, kata Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Zukri Samat hari ini.

Katanya TH masih menerima sokongan daripada pendeposit sekalipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengumumkan organisasi itu akan diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) bermula tahun depan dalam usaha menambah baik tadbir urusnya.

“Tiada apa-apa yang berlaku. Kami dapati tiada peningkatan mendadak dalam pengeluaran dan orang ramai masih menyokong kami. Malah hari ini saya diberitahu ada 170 orang membuka akaun dengan kami.

“TH mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk meletakkan TH di bawah seliaan BNM memandangkan bank pusat itu mempunyai pengurusan risiko dan kerangka kerja kecairan yang mantap yang harus dipatuhi oleh institusi bawah seliaannya, sekali gus meningkatkan keyakinan pendeposit,” katanya pada sidang media di sini.

Zukri berkata TH dalam proses memulakan kerangka kerja pengurusan risiko bagi memastikan polisi pelaburan masa depan sesuai dengan model perniagaan baharunya.

Zukri berkata TH sedang menimbang kaedah untuk mengurangkan kos operasi haji bagi mengekalkan kos mengerjakan ibadah itu manakala langkah-langkah pemotongan kos telah dilaksanakan bagi mengurangkan kos overhed.

Sementara itu, Zukri berkata TH akan membuat pengumuman rasmi susulan kenyataan bekas Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa TH tidak mengambil kira laporan audit Ernst & Young yang telah melakukan penilaian kesemua aset TH selain Jabatan Audit Negara.

Mengenai penafian Abdul Azeez berhubung penyelewengan RM22 juta milik Yayasan Tabung Haji untuk kegunaan politik, Zukri berkata TH menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat perkara tersebut. – BERNAMA

Tags: Tabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd