• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BNM Akan Kawal Selia Tabung Haji Bermula Januari 2019

oleh Cj Mnh
10/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) akan diletakkan di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM) bermula Januari tahun depan bagi menambah baik tadbir urus organisasi berkenaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Katanya langkah berkenaan adalah sebahagian daripada pelan pemulihan secara menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira TH yang merekodkan defisit RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

“Kabinet telah berbincang tentang pelan pemulihan ini dengan teliti dan memberi sokongan penuh terhadap pelan tersebut,” katanya kepada wartawan di lobi Parlimen, hari ini.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Zukri Samat.

Mujahid berkata antara langkah yang terkandung di dalam pelan berkenaan adalah penubuhan syarikat tujuan khas (SPV) pada bulan ini bagi mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset yang menunjukkan prestasi lemah.

Menurutnya, antara langkah yang akan diambil SPV berkenaan adalah menjual aset yang tidak menunjukkan prestasi baik bagi memulihkan kedudukan kewangan TH.

Sementara itu, Mujahid berkata beliau yakin pembayaran dividen secara sah dapat diberikan kepada 9.2 juta pendeposit Tabung Haji pada tahun ini selepas program pemulihan dan penstrukturan yang dijalankan sejak Julai lepas, dengan kadar dividen bergantung kepada keuntungan.

Ditanya sama ada pengurusan sebelum ini akan diambil tindakan undang-undang, beliau berkata ia akan diuruskan kemudian.

Katanya pengurusan TH sebelum ini telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 yang menyatakan dua syarat perlu dipenuhi sebelum pembayaran hibah boleh dibuat iaitu aset tidak boleh kurang daripada liabiliti serta perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.

“Sejak 2014 tanpa memenuhi dua syarat itu di mana mereka mendapatkan wang (Bayaran Hibah), ia akan ditangani kemudian nanti,” katanya.

Mengenai kos haji, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk mengekalkannya seperti sebelum ini iaitu sebanyak RM9,980.

Pada 31 Disember 2017, jumlah asset keseluruhan TH ialah sebanyak RM70.3 bilion manakala jumlah liabiliti sebanyak RM74.4 bilion. – BERNAMA

Tags: BNMTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

Pendedahan RCI Tabung Haji Perlu Ikut Proses – PMX Anwar

25/07/2026
0

PERMATANG PAUH - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan langkah mendedahkan laporan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji...

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

Rakyat Malu Skandal 1MDB, Tabung Haji, FELDA – Nga Kor Ming

25/07/2026
0

SEREMBAN - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming meminta rakyat Negeri Sembilan tidak melupakan zaman gelap yang didakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd