• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Naik Taraf Lebuhraya Desaru Senai Dibatalkan

oleh
09/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISKANDAR PUTERI – Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor hari ini diberitahu kerja-kerja menaik taraf Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) daripada dua lorong kepada empat lorong telah dibatalkan oleh kerajaan pusat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Johor Mazlan Bujang berkata perkara itu diputuskan dalam sesi libat urus pada 17 Julai lalu melibatkan Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja Raya dan Unit Perancang Ekonomi.

“Oleh kerana naik taraf dan pelebaran SDE adalah penting bagi menyokong pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang dan menangani kadar aliran trafik yang semakin meningkat seiring kepesatan pembangunan tersebut, Johor akan terus berbincang dengan kerajaan persekutuan untuk mendapatkan pertimbangan meneruskan projek tersebut,” kata Mazlan.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab Datuk Syed Sis Syed A. Rahman (BN-Tanjung Surat) yang ingin tahu ketetapan masa bagi pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf lebuh raya itu.

Mazlan berkata kerja-kerja menaik taraf itu sebelum ini dicadangkan bermula dari persimpangan Cahaya Baru di Ulu Tiram hingga ke persimpangan Bandar Penawar, Pengerang di Kota Tinggi melibatkan jarak sepanjang 26 kilometer.

Katanya peruntukan sebanyak RM390 juta yang diluluskan kerajaan terdahulu juga diumumkan pada 12 Dis tahun lepas oleh Menteri Kerja Raya ketika itu Datuk Seri Fadillah Yusof. – BERNAMA

Tags: naik taraf
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

Hampir 12,000 Tandas Awam Dinaik Taraf, Madani Betul-Betul Bekerja – Nga Kor Ming

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan kemudahan awam apabila hampir 12,000 tandas awam di seluruh negara...

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

Kerja Naik Taraf Fasiliti Kesihatan Di Sabah 70 Peratus Siap – Dr Dzulkefly

15/11/2025
0

Putrajaya: Kerja-kerja pembaikan serta naik taraf fasiliti kesihatan di Sabah kini berada pada tahap 70 peratus siap, kata Menteri Kesihatan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd