• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Mangsa Insiden Letupan Terharu Bantuan

oleh
07/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Bapa kepada mendiang Tchee Kiam Jong, iaitu Tchee Foh Hin amat terharu dengan sifat prihatin rakyat Sarawak berbilang kaum dan berlainan agama yang datang menziarahi keluarganya sambil menghulurkan sumbangan.

Kiam Jong, 24, adalah seorang daripada tiga yang maut dalam insiden letupan gas dan runtuhan di NeNe Chicken di CityOne Magamall pada Selasa lalu. Insiden berkenaan turut mencederakan 44 yang lain.

“Sejak kejadian pada Selasa lalu, saya terima ramai pengunjung yang bersimpati dengan nasib yang menimpa anak saya (Kiam Jong).

“Mereka…Cina, Melayu, Bidayuh, Iban dan lain-lain bangsa termasuk orang yang beragama Islam sama-sama datang untuk mengucapkan rasa simpati dan menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan dan barangan,” kata warga emas berusia 66 tahun itu.

Antara yang menghulurkan derma kepada Foh Hin hari ini ialah pemilik CityOne Megamall Stephen Long dan wakil bekas penuntut Sekolah Menengah St. Teresa Kuching tahun 1981, iaitu Rita Lopez dan Maureen Ben.

Beliau ketika ditemui di rumah usangnya di Kampung Stutong Baharu di sini hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang menziarahi keluarga beliau serta menghulurkan bantuan.

Mengenai rumahnya yang usang itu, Foh Hin yang lumpuh mohon supaya Anggota Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang membantu beliau untuk mendapatkan rumah kos murah untuk beliau sekeluarga.

Beliau yang sudah kematian isteri, kini tinggal bersama anak lelaki beliau yang kedua berusia 26 tahun sementara anak sulung beliau yang lelaki berusia 29 sudah berkahwin dan tinggal dengan menantu beliau.

Sementara itu, Long ketika datang menziarahi keluarga mendiang Kiam Jong hari ini tidak dapat menahan sebak ketika berbual dengan bapa mendiang.

Ketika lawatan itu, Long telah menghulurkan bantuan kewangan dan bertanya kepada bapa mendiang Kiam Jong apakah bentuk bantuan yang beliau boleh hulurkan kepada keluarga itu.

Katanya, beliau sangat kesal dan sedih dengan insiden itu.

Long berkali-kali memohon maaf sambil menyatakan bahawa beliau akan membantu mangsa dan keluarga mangsa apa yang beliau mampu.

“Wang boleh dicari tetapi nyawa tidak boleh dikembalikan dan saya sangat sedih dengan tragedi ini, terutama mereka yang menjadi mangsa,” tambahnya.

Katanya, beliau akan membantu untuk membaik pulih rumah keluarga mendiang dan melihat keperluan lain keluarga itu termasuk kebajikan bapa mendiang. – BERNAMA

Tags: letupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

TERKINI: Lelaki Disahkan Maut Letupan Di Universiti Swasta

12/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki disahkan maut dalam insiden letupan kompresor penyaman udara di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd