• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Masih Tunggu Laporan Siasatan Forensik Bomba

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis masih menunggu hasil siasatan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berhubung insiden letupan dan runtuhan di kedai NeNe Chicken Malaysia di CityOne Megamall di sini, yang mengorbankan tiga orang dan mencederakan 44 yang lain dalam kejadian Selasa lalu.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata pihak bomba sudah pun memulakan siasatan forensiknya, tetapi pihak polis belum lagi menerima laporan hasil siasatan mereka.

“Setakat ini pihak polis masih mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut sementara pihak bomba meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Seminar dan Latihan Ancaman Keganasan Ex-Rampas 2018 di sini hari ini.

Katanya, angka korban dan kecederaan masih kekal seperti yang dilaporkan sebelum ini, iaitu tiga kematian dan 44 orang cedera.

Semalam, Pengarah Urusan NeNe Chicken Malaysia, franchise yang mengusahakan outlet di CityOne Megamall Raymond Wong telah menggesa agar pihak berkuasa mempercepatkan siasatannya ke atas insiden itu.

Beliau juga mahu hasil laporan berkenaan diumumkan secepat mungkin. – BERNAMA

Tags: Bombaforensikpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd