• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Catat 13 Maut Akibat Rabies, Kesedaran Rendah

oleh Cj Mnh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kurang kefahaman orang awam mengenai langkah-langkah pencegahan bagi mengelak jangkitan rabies perlu dipertingkatkan, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas hari ini.

Beliau berkata, antara langkah pencegahan yang perlu diketahui umum dan segera dilakukan adalah segera mencuci bahagian tubuh yang digigit anjing atau haiwan liar dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur haiwan terbabit.

Selepas itu, mangsa perlu mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit haiwan peliharaan yang agresif atau anjing liar.

Keutamaan adalah untuk menyelamat nyawa manusia dan usaha akan diteruskan untuk mengalihkan anjing liar dari jalanan serta mengadakan kempen kesedaran, selain meneruskan vaksinasi ke atas anjing.

“Pastikan anjing peliharaan anda telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan ia bercampur dengan anjing atau haiwan liar,” katanya kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini.

Uggah turut mengesahkan seorang lelaki berumur 21 tahun dari Kuching, Sarawak telah meninggal dunia dan mangsa ke-13 meninggal pada pagi 4 Dis baharu-baharu ini di Hospital Umum Sarawak.

“Kematian kes rabies baharu ini menjadikan jumlah kematian sebanyak 13 daripada 14 kes rabies dalam kalangan manusia di Sarawak semenjak pengisytiharan wabak pada 30 Jun 2017, dan saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.

Manakala, satu (1) kes lagi masih dirawat di rumah dengan komplikasi neurologi.

Sehingga 4 Dis lepas, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan 54 buah kawasan di 11 Bahagian di Sarawak sebagai kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan dan hanya Limbang sahaja kawasan yang masih bebas rabies.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengesahkan kematian terbaharu itu menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak komited dan akan mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, agensi lain serta negara jiran seperti Indonesia bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan rabies dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan. – BERNAMA

Tags: kematianRabies
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

Kerajaan Johor Pandang Serius Kematian Pelajar Di Yong Peng, Sekolah Mesti Kekal Tempat Selamat

04/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor memandang serius insiden kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat berusia 16 tahun di sebuah sekolah...

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

PMX Anwar Arah Siasatan Segera, Telus Kematian Pelajar 16 Tahun Di Yong Peng

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd