• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Kali Masuk Kawasan Runtuhan Cari Suami – Saksi

oleh
05/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – “Sebelum kejadian saya dapat lihat suami di bahagian dapur restoran tersebut, namun apabila letupan berlaku dia hilang dari pandangan akibat ditimpa runtuhan,” kata seorang saksi kejadian letupan gas di CityOne Megamall petang semalam.

Demikian menurut Aimy Mohamad, 19, yang juga isteri kepada seorang pekerja restoran yang terlibat dalam insiden letupan dan runtuhan di premis tersebut di Jalan Song, yang meragut nyawa tiga lelaki.

Sejumlah 44 orang turut cedera.

Aimy berkata akibat kejadian itu dia yang bekerja di sebuah kedai berhampiran turut di timpa kayu-kayu kecil kesan letupan yang berlaku namun menguatkan hati untuk masuk mencari suaminya Uzair Abu Bakar, 19, di dalam restoran tersebut.

“Kejadian berlaku sekelip mata, saya dengar bunyi letupan sekali dan sangat nyaring. Akibat letupan itu berlaku runtuhan di dalam restoran tersebut, suami saya pun tidak kelihatan lagi.

“Saya keluar tinggalkan tempat kerja saya, lari masuk ke dalam restoran yang meletup cuba cari suami tetapi dia gagal ditemui. Saya keluar ke bahagian luar restoran pula namun masih gagal untuk jumpa dan ambil keputusan masuk ke dalam restoran buat kali kedua,” katanya ketika ditemui di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini hari ini.

Aimy berkata suaminya yang baru dua hari bekerja sebagai pembantu dapur di restoran itu akhirnya ditemukan orang ramai yang turut sama membantu mencari.

“Suami saya melecur dari atas kepala hingga ke paras pinggang kerana ketika kejadian dia berada paling hampir dengan tong gas. Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Kebakaran HUS untuk rawatan lanjut.

“Malam tadi saya dapat jumpa dia (suami) dah sedar dan keadaan semakin stabil,” kata ibu kepada dua cahaya mata perempuan berusia dua tahun dan tiga bulan itu. – BERNAMA

Tags: letupan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd