• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Nafi Konflik Dengan MB Terengganu

oleh Cj Mnh
05/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan berlakunya krisis dalaman parti antara beliau dan Menteri Besar Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar hingga wujudnya dua kumpulan dalam PAS Terengganu seperti yang tular di laman sosial.

Beliau menyifatkan ia sebagai satu tuduhan tidak berasas yang dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin mengeruhkan hubungan baik antara beliau bersama bekas setiausaha politiknya itu.

“Apa yang dikatakan di media sosial itu semua tidak benar… hubungan PAS dan kerajaan negeri juga sangat baik.

“Saya yang lantik dia (Ahmad Samsuri) bertanding di kawasan saya (Ru Rendang) pula takkan mudah-mudah nak suruh dia berhenti gitu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Memperingati Itqan Al-Muluk Bita’dil As-Suluk (Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu) di Taman Tamadun Islam di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat bagi mewakili Ahmad Samsuri.

Abdul Hadi diminta mengulas mengenai isu itu yang antara lain mempersoalkan kepimpinan Ahmad Samsuri khususnya mengenai wang royalti petroleum dan gesaan mahu beliau digantikan dengan anak Abdul Hadi, Muhammad Khalil yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk jika berlakunya pertukaran jawatan itu kelak.

Sementara itu, Satiful Bahri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu tidak menolak kemungkinan ada pihak yang cuba mengalih perhatian daripada membincangkan isu penolakan ICERD yang diperjuangkan oleh parti pembangkang iaitu PAS dan UMNO.

“Malah hubungan kami sangat baik…antara exco dan Menteri Besar…kita saling bekerjasama untuk memajukan Terengganu…banyak perkara dan tanggungjawab negeri yang kami kena fikirkan dan galas..sampai tidak terfikir pun isu ini (ganti Menteri Besar),” kata ADUN Paka itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangKonflik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Operasi Ditamat, Tiada Lagi Mangsa Tertimbus

Next Post

Hampir 2,000 Tonton ‘Wheely’ Di Promosi Filem FiTA

Related Posts

Rakyat Malaysia Di Kursk Dinasihat Berwaspada Di Tengah Konflik Memuncak

Rakyat Malaysia Di Kursk Dinasihat Berwaspada Di Tengah Konflik Memuncak

12/08/2024
0

GLOBAL l Rakyat Malaysia yang berada di wilayah Kursk, Rusia dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti semua arahan serta nasihat...

Konflik Israel-Palestin: Rakyat Thailand Maut, 8 Cedera, 11 Dijadikan Tebusan

Konflik Israel-Palestin: Rakyat Thailand Maut, 8 Cedera, 11 Dijadikan Tebusan

08/10/2023
0

BANGKOK: Seorang rakyat Thailand maut, manakala lapan cedera dan 11 lagi dijadikan tebusan oleh pejuang Hamas semasa serangan ke atas...

Next Post

Hampir 2,000 Tonton 'Wheely' Di Promosi Filem FiTA

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd