• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mati Disyaki Curi Pisang: 3 Suspek Ditahan Polis

oleh Cj Mnh
04/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tiga suspek ditahan polis susulan kematian seorang lelaki berumur 42 tahun yang didakwa mencuri pisang di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Fazlisyam Abdul Majid berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan ditangkap di sekitar Bukit Payung antara pukul 5 petang dan 11 malam semalam.

“Tiga lelaki berkenaan ialah seorang pemilik kebun pisang berumur 38 tahun dan anak saudaranya berumur 15 tahun serta seorang rakan mangsa berumur 37 tahun.

Ketiga-tiga mereka kini direman selama lima hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Terengganu di sini, hari ini.

Fazlisyam berkata susulan tangkapan itu polis turut merampas sebatang besi yang dipercayai digunakan suspek utama untuk memukul mangsa.

“Kesemua suspek didapati positif dadah methamphetamine manakala suspek utama iaitu pemilik kebun pisang turut mempunyai rekod jenayah iaitu mencederakan orang dan menceroboh,” katanya.

Semalam tular di media sosial berita seorang lelaki ditemui mati tertiarap di bahagian belakang sebuah rumah di Kampung Tebakang akibat dipukul sekumpulan lelaki kerana mencuri pisang milik orang kampung.

Mengenai tindakan suspek utama memukul mangsa, Fazlisyam percaya ia dilakukan suspek kerana terlalu marah kerana dikatakan mangsa telah berulang kali mencuri pisang dari kebunnya di Alor Limbat.

“Saya menasihatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan sendiri kerana kita ada undang-undang.

Walaupun kita merasakan tindakan mangsa satu kesalahan dan tidak adil, orang ramai sepatutnya menyerahkan kepada polis dan agensi penguatkuasa … buat laporan jika ada kes dan kita bagi jaminan setiap kes dikendalikan mengikut undang-undang,” katanya.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Marang bagi mendapatkan perintah reman dan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda membenarkan suspek direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes itu. – BERNAMA

Tags: curi pisangSuspek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

Polis Jejak Suspek Letupkan Kedai Di Ipoh

01/09/2025
0

Ipoh: Polis sedang giat mengesan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam letupan sebuah premis perniagaan di Panorama Lapangan Perdana, di...

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

Polis Buru Suspek Bunuh Lelaki Di Ipoh

27/08/2025
0

Ipoh: Polis sedang mengesan seorang suspek disyaki terlibat dalam kes bunuh membabitkan penemuan mayat seorang lelaki di lorong berhampiran Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd