• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selangor Akan Teliti Pendekkkan Operasi Pusat Hiburan

oleh Cj Mnh
03/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bersedia meneliti sama ada perlu atau tidak memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di negeri ini, kepada 1 pagi, setiap hari.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata ia kerana pusat hiburan yang beroperasi di negeri ini terletak jauh dari kawasan perumahan.

“Kita akan lihat pada keutamaan dan keperluan kerana sebelum ini kita telah keluarkan arahan, kita hadkan operasi pusat hiburan ini sehingga 3 pagi sahaja.

“Kita juga akan lihat pada kesesuaian kerana pusat ini jauh dari kawasan kediaman penduduk dan cadangan mengenai perkara itu juga baru dibuat di Kuala Lumpur, di sini kita akan bincangkan nanti,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada mahu mengikut langkah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang bercadang memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada 1 pagi.

Ia susulan kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan baru-baru ini, yang mencadangkan supaya premis hiburan di sekitar ibu negara dibenarkan untuk beroperasi sehingga 1 pagi sahaja, bermula Januari tahun depan.

Katanya, langkah itu dibuat memandangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerima banyak rungutan daripada orang awam apabila banyak pusat hiburan itu beroperasi lebih masa sehingga menimbulkan suasana bising. – BERNAMA

Tags: pusat hiburanwaktu operasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd