• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Sokong Perbetulkan Tabung Haji

oleh Ahmad Albab
03/12/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PAS mengalu-alukan langkah bagi memperbetulkan dan membaiki Lembaga Tabung Haji (TH) selaku sebuah institusi penting bagi umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, namun bagi setiap kesalahan, penyelewengan atau salah laku yang mempunyai bukti kukuh dan saksi perlulah dibawa ke muka pengadilan mengikut tatacara penyiasatan serta pendakwaan yang telus.

“Kita tidak mahu ia ‘dihukum’ oleh orang ramai melalui persepsi dan olahan media massa serta kenyataan-kenyataan politik yang mengelirukan malah menambah buruk keadaan. Salah tetap salah. Tiada kompromi pada yang salah, namun tentukan kesalahan itu melalui proses keadilan yang betul dengan prinsip kedaulatan undang-undang yang diperjuangkan selama ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut berharap pendedahan terhadap penyelewengan yang didakwa berlaku dalam TH bukan satu tindakan dengan niat mahu membalas dendam terhadap mana-mana pihak atau mempunyai agendanya tersendiri.

“Lebih malang lagi sekiranya ia dibuat dengan niat yang tidak baik dan mempunyai agenda tertentu untuk meruntuhkan satu institusi Islam serta menghilangkan keyakinan umat Islam terutamanya pendeposit terhadap TH,” katanya.

Jumaat lepas, TH membuat laporan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini melibatkan bekas pengerusi Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta kakitangan pengurusan kanan susulan dakwaan terlibat dalam penggelapan wang pendeposit TH. – BERNAMA

Tags: PASTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

RCI Tabung Haji Perlu Kaji Perkembangan Selepas 2020 Termasuk UJSB

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) meminta skop Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak terhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd