• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Kuil: India Sokong Penuh Tindakan Malaysia

oleh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan India menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan yang diambil oleh kerajaan Malaysia dalam menangani isu insiden di Kuil Sri Maha Mariamman serta tidak akan mencampuri urusan negara ini.

Menurut Wisma Putra, jaminan itu dinyatakan oleh Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia Shri Mridul Kumar dalam perbincangan dengan Kementerian Luar.

Perbincangan dengan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia itu diadakan susulan memorandum yang diserahkan oleh Presiden Hindu People’s Party Arjun Sampth kepada Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai pada Rabu lepas, demikian menurut kementerian tersebut dalam kenyataan hari ini.

Wisma Putra berkata memorandum daripada parti yang juga dikenali sebagai Hindu Makkal Katchi itu mengutuk insiden terbabit dan mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah terhadap penganut Hindu di Malaysia selain menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil sebarang tindakan berhubung insiden tersebut.

“Kerajaan Malaysia memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Hindu Makkal Katchi tanpa usul periksa yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab dan mempunyai niat jahat untuk mengeruhkan hubungan dua hala yang baik di antara Malaysia dan India,” kata Wisma Putra. — LAGI

Wisma Putra berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa bercakap di Parlimen juga telah menyatakan dengan jelas bahawa insiden perbalahan tersebut merupakan kes jenayah dan tidak mempunyai kaitan dengan sentimen perkauman.

Hindu Makkal Katchi merupakan sebuah parti politik kecil berhaluan kanan dan ekstremis di Tamil Nadu, India.

Insiden kekecohan yang berlaku pada awal pagi Isnin dan Selasa lepas berikutan perbalahan mengenai perpindahan kuil itu ke tapak baharu bukan sahaja menyaksikan kemusnahan puluhan kenderaan yang dibakar tetapi turut menyebabkan seorang anggota bomba cedera parah kerana dipukul oleh kumpulan perusuh.

Muhammad Adib Mohd Kassim kini dirawat di Institut Jantung Negara dan keadaannya dilaporkan kritikal namun stabil.

Setakat semalam, polis telah menahan 42 individu bagi membantu siasatan kes rusuhan tersebut. – BERNAMA

Tags: insiden kuil
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

687 Kuil Hindu Tanpa Kebenaran Direkodkan Di Selangor

Jangan Beri Tanah, Wang Kepada Penceroboh

23/02/2026
0

Oleh Mynewshub SHAH ALAM – Aktivis masyarakat, Tamim Dahari, hari ini menyerahkan satu memorandum tuntutan berkaitan isu pencerobohan tanah di...

Tangkapan Ke Atas Perusuh Insiden Kuil Wajar Dibuat Besar-Besaran

20/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Tindakan menangkap perusuh yang terbabit dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd