• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

16 Maut Dihempap Kabel Elektrik Ketika Perarakan Karnival

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT-AU PRINCE – Sekurang-kurangnya 16 maut apabila kabel bervoltan tinggi menghempap peserta perarakan karnival di sini hari ini yang disaksikan ribuan penonton, kata pegawai.

Selain itu, 78 orang pula mengalami kecederaan dalam kejadian berkenaan yang berlaku pada kira-kira jam 3 pagi waktu tempatan sekali gus menyebabkan penduduk Haiti berkabung pada hari kedua penganjuran karnival berkenaan yang biasanya disambut dengan penuh meriah.

Ahli keluarga dan waris berkumpul di kompleks utama hospital di sini bagi mencari orang tersayang ketika doktor bekerja keras memberikan rawatan kepada mereka yang tercedera.

Pihak berkuasa membatalkan hari ketiga dan terakhir sambutan karnival itu dan mengumumkan hari berkabung selama tiga hari.

Perdana Menteri, Evans Paul meminta rakyat negara itu memberikan penghormatan kepada mereka yang terkorban dengan berpakaian serba putih dan berarak secara senyap di tempat kejadian, Champ de Mars.

Perarakan yang membawa kumpulan rap terkenal dikenali Barikad Crew. Mereka dihempap kabel berkenaan ketika melalui kawasan Champ de Mars.

Penyanyi kumpulan itu, “Fantom,” dihempap kabel berkenaan dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Ramai yang mati dan cedera adalah penari dan pemuzik dalam perarakan karnival berkenaan.

Ribuan orang menyaksikan karnival terbabit ketika nahas berlaku.

“Kerajaan berkongsi kesedihan keluarga mangsa, kita memutuskan untuk membatalkan semua aktiviti karnival itu di seluruh negara,” kata kenyataan pejabat perdana menteri.

Bendera separuh tiang turut dikibarkan di semua bangunan kerajaan manakala majlis pengebumian negara diadakan Sabtu ini. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=VR3rxnse_8M

Tags: maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

PM Anwar, Wan Azizah Ucap Takziah, Dukacita Insiden Pelajar Sekolah Maut

19/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa...

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

Petronas Sahkan Tiga Pekerja Maut Dalam Insiden di FSO Sepat

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Petronas mengesahkan satu insiden berlaku ketika kerja-kerja penyelenggaraan bot penyelamat di Kemudahan Penyimpanan dan Pemindahan Terapung (FSO)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd