• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Kaji Had Pusat Hiburan Hingga Jam 1 Pagi

oleh Cj Mnh
01/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan Perak akan mengkaji untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di negeri ini kepada pukul 1 pagi setiap hari.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai keperluan untuk memendekkan operasi pusat hiburan di Perak.

“Bagi saya di Perak terutama di Ipoh saya nampak keadaan masih terkawal kalaupun ada orang berhibur sehingga awal pagi, ia tidak mengganggu-gugat ketenteraman awam.

“Saya akan mendapatkan nasihat daripada PBT sebelum ia perlu dilaksanakan atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ridzuan edisi ke-6 dan Malam Nusantara sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa ke-9 (Pulara) di sini malam ini.

Beliau diminta mengulas sama ada mahu mengikut langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bercadang untuk memendekkan waktu operasi semua pusat hiburan di ibu negara kepada pukul 1 pagi.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata bagaimanapun ada sebilangan kecil diberikan kebenaran khas untuk melanjutkan waktu operasi hingga pukul 3 atau 5 pagi.

Katanya, DBKL juga akan memulakan penguatkuasaan terhadap pusat hiburan yang beroperasi lebih dari pukul 1 pagi bermula Januari tahun depan.

Sementara itu, Ahmad Faizal ketika berucap berkata penganjuran Pulara menyediakan wadah serta modaliti untuk para penyair serta penulis bertemu, bermesra dan pada analisis terakhir menyumbang terhadap dunia persahabatan.

“Pulara bukan hanya merupakan acara pit stop bagi para penyair dan pengarang dunia untuk singgah dan bercakap-cakap tentang hal-hal yang picisan tetapi harus mencakupi isu-isu serius yang mencerminkan kehidupan sang penulis,” katanya. – BERNAMA

Tags: pusat hiburanwaktu operasi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

Polis Serbu Pusat Hiburan, 15 GRO Warga Asing Ditahan

23/11/2024
0

JOHOR BAHRU - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) termasuk seorang lelaki warga tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd