• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Wanita Curi Duit Tabung Masjid

oleh Cj Mnh
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita yang terlibat dalam kegiatan mencuri duit tabung masjid di sekitar Butterworth, ditahan polis ketika sedang melakukan perbuatan tersebut di sebuah masjid di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Noorzainy Mohd Noor berkata wanita berusia 30-an itu ditahan pada 1.30 pagi oleh anggota jawatankuasa sebuah masjid di Butterworth, yang sedang membuat pemantauan di situ selepas beberapa kali wang tabung masjid berkenaan dicuri.

“Mereka bertindak menangkap wanita itu ketika dia sedang mencuri duit dalam tabung di situ dan kejadian berkenaan turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat dalam masjid tersebut,” katanya di sini malam ini.​​​​​​​

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, wanita itu mengaku sudah empat kali mencuri duit tabung masjid berkenaan dan beberapa kali di masjid lain.

Noorzainy berkata polis turut merampas wang tunai RM80 daripada wanita itu, dipercayai duit dicuri dalam tabung masjid tersebut.

“Wanita itu yang turut positif dadah dan mempunyai satu rekod lampau berkaitan jenayah kini direman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: tabung masjidWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

Hospital Sultanah Aminah Perketat Kawalan Keselamatan, Semak Identiti Kakitangan di Pintu Masuk

24/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memperketatkan kawalan keselamatan sedia ada berikutan insiden seorang wanita menyamar sebagai...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd