• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakam Wanita Mandi, Tukang Masak Didenda

oleh
30/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seorang tukang masak dijatuhi hukuman denda RM7,100 atau lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan merakam dan memiliki gambar lucah rakan wanita serumahnya bulan lalu.

Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Ong Siew Khong, 38, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan itu terhadap seorang wanita warga Filipina yang merupakan pekerja restoran di sebuah rumah di Damansara Jaya, di sini antara 11.30 pagi dan 1.45 tengah hari, 21 Oktober lalu.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memiliki gambar lucah di dalam telefon bimbitnya mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa telah berkelakuan aib dan tidak senonoh dengan merakam gambar wanita itu ketika sedang mandi mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara yang boleh sampai enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah memerintahkan tertuduh membayar denda RM7,000 atau tujuh bulan penjara manakala bagi pertuduhan kedua, dia didenda maksimum RM100 atau sebulan penjara, jika denda gagal dibayar.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Alia Sumayyah Amran memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran terhadap tertuduh mengambil kira faktor kepentingan dan keselamatan awam.

“Dalam kes ini, ketenteraman mangsa telah diganggu kerana dia direkod ketika sedang mandi di rumah sendiri, oleh itu mohon satu hukuman yang dapat menginsafkan tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Datuk Suraj Singh memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya sudah insaf selain berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama.- BERNAMA

Tags: Rakaman Video
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Waspada Bahaya COVID-19, Jerebu Raya Ini – Pakar kesihatan

Polis Siasat Video Martabak Perisa ‘Air Ludah’

21/04/2023
0

LABUAN: Polis membuka kertas siasatan berhubung satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki seakan-akan meludah ke atas adunan martabak yang sedang...

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

Rakaman Video Pengundi Bersumpah Undi PAS Dikemuka Pempetisyen Dalam Perbicaraan

19/03/2023
0

KUALA TERENGGANU: Rakaman video memaparkan seorang lelaki meminta pengundi bersumpah mengundi PAS, antara yang dikemukakan pihak pempetisyen ketika perbicaraan Petisyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd