• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ajaran Sesat Makin ‘Subur’ Sejak PH Berkuasa!

oleh
24/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MERIAH… Sejak berjaya tubuhkan kerajaan, Pakatan Harapan (PH) didakwa sengaja ‘izin’ pelbagai ajaran sesat untuk bergerak bebas dalam negara ini berbanding ketika era Barisan Nasional (BN).

Perkara tersebut didedahkan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahaya dan dengan tegas berkata, seperti imej kerajaan baharu, beberapa ajaran sesat juga seolah-olah dapat nafas baharu untuk aktif.

Lebih buruk lagi, dakwa beliau, ada pengamal ajaran sesat itu kini dapat memegang pelbagai jawatan strategik dalam kerajaan termasuk beberapa kedudukan penting pentadbiran awam menerusi kaedah lantikan politik.

“Hari ini, fahaman Syiah bukan sahaja dapat pentas, kita juga difahamkan mereka pegang jawatan dalam kerajaan. Malahan terdapat gerakan Islam yang secara terbuka dikesan memberikan tafsiran ajaran Islam yang sempit.

“Bagi saya pemikiran yang melihatkan Islam hanya pada sembahyang dan puasa malah boleh bunuh semangat juang pendakwah,” kata Aminuddin dalam nada kesal di hadapan hampir 1,000 peserta konvensyen dari seluruh negara.

Beliau turut memperincikan cabaran dihadapi umat Islam pada Konvensyen Pertiwi Pertahankan Wilayah Islam 2018 – Mendepani Cabaran Dakwah Islam Era Malaysia Baru di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu kota hari ini.

Turut hadir pada acara anjuran Isma bersama Majlis Ulama Isma dan Persatuan Indahnya Islam itu ialah Amir Isma, Abdullah Zaik Abd. Rahman serta Pengarah Pertiwi yang juga Ketua Biro Islamiyat Isma, Omar Kassim.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, cabaran Muslim pada ketika ini adalah apabila Kerajaan PH pula sanggup berlembut keterlaluan dengan memuaskan hati orang bukan Islam yang hanya minoriti demi kekal kuasa mereka.

Sifat berkompromi dibawa oleh parti yang disifatkannya hanya mahu kuasa pada akhirnya bawa suasana politik berkecamuk apabila beri ruang kepada pihak berfikiran liberal berkuasa yang kemudian ubah erti sebenar Islam.

“Suasana politik, kekecamukan suasana politik dan keghairahan untuk mendapatkan kuasa menyebabkan parti-parti yang ada sanggup melakukan apa-apa sahaja demi dapat meraih undi terutamanya dari bukan Muslim.

“Mereka cuba berkompromi dengan nilai-nilai Islam bagi memuaskan hati orang bukan Islam bagi mendapat keyakinan mereka,” tambah Aminuddin lagi tanpa menamakan secara khusus parti komponen PH tersebut.

Menurut beliau lagi, keterbukaan yang terhasil di bawah kerajaan PH pada hari ini telah mengakibatkan timbulnya hasrat untuk orang Islam mahu ‘angkat’ orang bukan Muslim anti-Islam sebagai pemimpin nombor satu negara.

“Saya lihat timbulnya civil society (masyarakat madani) yang timbul banyak ibarat cendawan tumbuh selepas hujan dan jadi proksi kepada pihak Barat untuk menafsirkan ajaran Islam mengikut cita rasa pemikiran mereka sendiri.

“Ini bukan sahaja ada dalam kalangan rakyat yang bersedia berkongsi kuasa malah ada orang Islam yang sanggup memilih dan bersedia untuk melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin hatta pemimpin nombor satu negara.

“Jangan sebab kemaruk kepada kuasa memimpin parti, pemimpin-pemimpin kita hilang pertimbangan agama dan bangsa,” kata Aminuddin lagi dalam nada sindiran kepada pentadbiran kerajaan sekarang. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Ajaran SesatISMA
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Malaysia Sekat Firefly Pindah Dari Changi Ke Seletar

Next Post

Gereja Singapura Kesal Hiasan Krismas ‘Puja’ Disney

Related Posts

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

Ajaran `The Ahmadi Religion Of Peace And Light’ Diputuskan Sesat

31/12/2024
0

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) memutuskan ajaran The Ahmadi Religion of...

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

Pesara Yang Juga Pengikut Ajaran ‘The Ahmadi’ Dipenjara 6 Bulan, Denda RM4,500

24/10/2024
0

Seremban: Seorang pesara yang juga pengikut ajaran 'The Ahmadi Religion of Light and Peace', dipenjara enam bulan dan didenda RM4,500...

Next Post

Gereja Singapura Kesal Hiasan Krismas 'Puja' Disney

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd