• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Program Penguasaan Bahasa Inggeris Terus Ditambah Baik

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan sentiasa mengkaji keperluan menambah baik program peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar memandangkan ia menjadi subjek wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkuat kuasa tahun depan.

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata program meningkatkan keupayaan guru dan pelajar menguasai Bahasa Inggeris sedang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh dan dapat dilihat berlaku peningkatan ketara dari segi keyakinan dan teknik mengajar.

“Namun, kita juga sentiasa meneliti program yang sedang dilaksanakan untuk dinaik taraf bagi mewujudkan keseimbangan dalam setiap inisiatif yang diambil, agar penguasaannya terus meningkat,” katanya dalam sidang media selepas melawat pusat latihan Pro-ELT di sini Selasa.

Pro-ELT atau program pemantapan tahap pengajaran Inggeris merupakan antara beberapa inisiatif penambahbaikan yang dicadangkan makmal khas diwujudkan Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan pelajar.

Inisiatif lain yang dilaksanakan ialah Program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA), Program Penutur Jati, Program Teach For Malaysia (TFM) dan pengambilan semula guru-guru bahasa Inggeris yang telah bersara.

Idris berkata setakat ini seramai 14,000 guru sudah mengikuti program Pro-ELT, 1,500 sedang dilatih manakala sejumlah 7,000 guru lagi akan dilatih secara berperingkat-peringkat sehingga April 2016.

Berhubung penerimaan dan kesediaan murid luar bandar berikutan keputusan wajib lulus ke atas subjek bahasa Inggeris, beliau berkata memperlengkapkan guru dengan kemahiran bahasa tersebut merupakan cara terbaik dalam mempersiapkan pelajar berhadapan dengan peperiksaan.

Idris berkata kementerian juga memberikan lebih tumpuan kepada 1,191 sekolah yang dikenal pasti sebagai lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris daripada 1,800 sekolah yang terlibat dalam Program Penutur Jati. – BERNAMA

Tags: Bahasa InggerisIdris Jusoh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

Trump Isytihar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Rasmi AS

02/03/2025
0

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengisytiharkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi Amerika Syarikat (AS), sebagai langkah untuk membawa...

Kelantan Kurang Guru Mata Pelajaran Bahasa Inggeris

16/05/2022
0

BACHOK: Kementerian Pendidikan meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Kelantan yang berlaku sejak sekian lama dalam usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd