Sample Page Title

BACHOK: Kementerian Pendidikan meneliti masalah kekurangan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris di Kelantan yang berlaku sejak sekian lama dalam usaha memastikan murid-murid di negeri ini menerima tenaga pengajar yang memiliki ikhtisas sepatutnya.

Ikuti Mynewshub: Facebook,TwitterTikTokTelegram, Instagram

Proses gantian dan pertukaran guru sukar dilakukan kerana ia tertakluk kepada geran peruntukan guru berasaskan keperluan sekolah dan sejumlah 29,000 guru sebagaimana yang ditetapkan berdasarkan bilangan murid dengan sekolah yang ada.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, setakat ini sekolah-sekolah di Kelantan kekurangan seramai 450 guru Bahasa Inggeris di sekolah rendah dan lebih 200 di sekolah menengah.

Menurutnya, kekurangan itu kini ditampung oleh guru bukan opsyen yang mendapat latihan serta dikenal pasti berkemampuan untuk menyampaikan pengajaran mata pelajaran berkenaan.

“Sekolah-sekolah Kelantan juga mencatat lebihan guru Pendidikan Agama Islam (PAI) yang pastinya menggagalkan permohonan pertukaran masuk guru yang memiliki ikhtisas PAI buat masa ini.

“Keadaan ini akan diselesaikan dengan pendekatan terbaik termasuk mengisi kekosongan tempat yang dilepaskan oleh guru bersara pilihan atau bersara wajib yang memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris masuk ke negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-51 Tahun 2022 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.


Pada pelancaran itu, bekas Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan (SK) Sena, Perlis, Roslan Yatim dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2022 dan bekas pengasas sekolah-sekolah agama di Kuching, Sarawak, Datu Dr. Adi Badiozaman Tuah dinobatkan sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan 2022.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid.

Tambah Radzi, proses pertukaran guru menerusi EG-tukar Kementerian Pendidikan turut dipermudahkan bagi membolehkan permohonan dipohon pada bila-bila masa dan akan diproses sebanyak empat kali setahun berbanding syarat lama yang menetapkan hanya dua kali setahun sebelum ini.

Katanya, proses penempatan pertukaran guru seluruh negara akan dipertimbangkan berdasarkan keperluan mata pelajaran dan kekosongan di negeri yang dipohon oleh guru namun pemegang iktisasa Bahasa Inggeris mempunyai peluang yang lebih cerah.

Menurutnya, sebelum ini Kementerian Pendidikan menggunakan garis panduan yang digubal pada tahun 1975 bagi proses pertukaran dan penempatan guru yang kini sudah dibangunkan berasas keterbukaan yang lebih menitik beratkan aspek keperluan dan kebajikan guru.

UtusanOnline-

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Buat Semakan Awal Sekatan LHDNM Elak Kesulitan Ke Luar Negara

Ramai rakyat Malaysia yang berkemampuan tentunya berasa teruja dapat kembali melancong ke luar negara...

HFMD: Kes Baharu Turun 35.9 Peratus

SUNGAI PETANI – Kes baharu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini...

Sri Lanka Terpaksa Tutup Sekolah, Kerja Dari Rumah Jimatkan Petrol

COLOMBO: Krisis ekonomi di Sri Lanka semakin meruncing apabila pihak kerajaan mengambil keputusan menutup...

Zahid Tidak Puas Hati Sebab Tidak Dapat Jawatan PM

SHAH ALAM - Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul...

Filem Mat Kilau Atasi Jurassic World, Top Gun Maverick

Kuala Lumpur: GSC Cinemas mengumumkan filem Mat Kilau mencatat RM12.2 juta pada hari keempat...

Bangkai Kapal Perang AS Ditemui Selepas 80 Tahun Tenggelam

MANILA – Bangkai sebuah kapal Amerika Syarikat (AS) yang tenggelam pada kedalaman paling jauh...

14 Jemaah Haji Indonesia Meninggal Dunia

JAKARTA: Seramai 14 jemaah haji Indonesia dilaporkan meninggal dunia di Arab Saudi.Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, InstagramJurucakap Panitia...