• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggakan Cukai RM45 Juta: 505 Kena Sekatan Perjalanan

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sabah mengenakan sekatan perjalanan kepada 505 individu termasuk pengarah syarikat dari negeri ini kerana gagal menjelaskan tunggakan cukai berjumlah RM45juta.​​

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Seri Sabin Samitah berkata daripada jumlah tersebut 10 individu dan pengarah syarikat yang dikenakan sekatan itu berasal dari Daerah Keningau melibatkan tunggakan cukai sebanyak RM0.3 juta.

“Ini adalah satu jumlah yang besar (individu dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara). Ia berpunca daripada tahap kesedaran mereka (pembayar cukai) yang masih rendah. Namun ada juga di kalangan mereka sememangnya ingin mengambil kesempatan dan mengambil keputusan sengaja tidak mahu membayar cukai.

“Dan bagi mereka yang tidak mahu membayar cukai, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada pemberita pada Majlis Serah Tugas Pengarah LHDN Cawangan Keningau di sini, hari ini.​​​​​​

Pengarah LHDN Cawangan Keningau yang baharu Syaiful Nizam Abdul Majid akan menggantikan Abdul Rahman Rasid yang akan ditempatkan di pejabat LHDN Cawangan Sandakan.

Justeru Sabin mengingatkan pembayar cukai di negeri ini supaya positif terhadap kewajipan membayar cukai, serta memberi kerjasama kepada agensi itu dalam menjalankan tugasnya.​​​​​

Sementara itu Sabin berkata LHDN akan menjalankan siasatan khusus kepada individu yang mempunyai kekayaan luar biasa dan tidak sepadan dengan pendapatan seperti yang mereka laporkan kepada agensi itu.

“Mereka ini sama ada golongan politik ataupun golongan biasa, kita akan audit dan menyiasat mereka,” katanya.

Beliau turut memberi amaran kepada peniaga-peniaga dalam talian bahawa pihaknya mempunyai ‘bahagian khas’ memantau aktiviti perniagaan mereka bagi memastikan kumpulan peniaga itu juga tidak terlepas daripada membayar cukai.

“LHDN akan memperolehi maklumat secara online, kita juga boleh memperolehi maklumat mereka melalui akaun bank, juga kita mendapat transaksi perniagaan mereka melalui Pos Malaysia dan lain-lain.

“Melalui maklumat itu, kita boleh selaraskan ataupun mendapatkan senario perniagaan mereka untuk tujuan percukaian,” katanya.

Sempena lawatannya ke Keningau, Sabin turut diberi taklimat pelaksanaan Program Khas ‘Pengakuan Sukarela’ yang berkuatkuasa pada 3 Nov 2018 dan berakhir pada 30 Jun 2019.​​​​​

Mengenai kutipan cukai bagi negeri Sabah, Sabin berkata setakat bulan Oktober tahun ini, RM3.3 bilion cukai dikutip di negeri ini, meningkat 0.26 peratus berbanding RM3.24 bilion dalam tempoh yang sama tahun 2017.

Katanya, LHDN Keningau dengan jumlah fail aktif sebanyak 19,773 telah menyumbang 0.08 peratus daripada kutipan cukai seluruh negara dengan peningkatan sebanyak 38 peratus berbanding tempoh sama tahun 2017. – BERNAMA

Tags: LHDN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

e-Invois – 52,540 Pembayar Cukai Tampil Isytihar Pendapatan RM4.07 Bilion

20/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Pelaksanaan sistem e-Invois yang diperkenalkan kerajaan dilihat mula memberi kesan positif terhadap tahap pematuhan cukai apabila...

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

Permohonan Pengecualian Cukai Kini Wajib Melalui e-Derma Mulai 15 Jun

12/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengumumkan pelaksanaan mandatori sistem e-Derma bagi urusan permohonan baharu kelulusan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd