• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MELCAT Bukti Ketelusan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka

oleh
19/11/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Kecekapan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Negeri Melaka (MELCAT) membuktikan ketelusan pantadbiran kerajaan negeri ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka diberitahu hari ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini bakal memberi kebaikan kepada semua lapisan rakyat dan ianya akan menjadi tempat bagi rakyat membuat aduan.

“MELCAT bukan sebuah badan untuk menganiaya mana-mana pihak sebaliknya ianya ditubuh bagi memberi kebaikan kepada semua rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya pada sesi penggulungan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini​​​​​​​.

Adly berkata MELCAT akan memberi ruang seluas-luasnya kepada rakyat termasuk penjawat awam membuat aduan secara terus tentang isu melibatkan pentadbiran kerajaan​​​​​​​.

Katanya MELCAT turut membuktikan bahawa kerajaan hari ini telus apabila melantik dua wakil rakyat dari parti pembangkang untuk menganggotainya dan memberi tawaran tersebut secara ikhlas.

“Saya percaya, dalam naratif Malaysia baharu ini, kita masih memerlukan parti bukan kerajaan untuk terus memainkan peranan sebagai semak dan imbang kepada Kerajaan Pakatan Harapan,” katanya.

Dalam pada itu, Adly berkata beliau melihat bahawa MELCAT amat diperlukan oleh rakyat berdasarkan pengalamanya sendiri menerima pelbagai aduan dan luahan hati rakyat pada Hari Bertemu Rakyat (HBR) yang diadakan setiap hari Jumaat di Seri Bendahara, Ayer Keroh​​​​​​​.

Adly berkata sebagai seorang wakil rakyat hatinya tersentuh apabila mendengar pelbagai masalah rakyat dan mereka (rakyat) memerlukan tempat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi​​​​​​​.

Pada Khamis lalu, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan usul menubuhkan MELCAT yang dicadangkan oleh Adly dan disokong Exco Pendidikan, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi Melaka, Noor Effendi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) sebelum dibahas dan diluluskan dengan undian tertinggi​​​​​​​.

MELCAT akan dipengerusikan Damian Yeo Shen Li (DAP-Duyong) dan dianggotai Alex Seah Shoo Chin (DAP-Kesidang); Datuk Dr Wong Fort Pin (DAP-Bemban); Gue Teck (PKR-Klebang); Datuk Roslan Ahmad (BN-Merlimau) dan Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor).

Speaker DUN Melaka Datuk Omar Jaafar kemudian menangguhkan persidangan itu kepada tarikh yang akan diberitahu kemudian​​​​​​​. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: Adly Zahari
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd