• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja wajib Tingkat Mutu Perkhidmatan, Pelihara Reputasi Majikan

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap pekerja wajib berusaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan serta memelihara reputasi organisasi atau majikan.

Sehubungan itu baginda mahu para pekerja meningkatkan tahap komunikasi sesama kakitangan dan pelanggan serta memberi layanan terbaik kepada orang ramai.

“Semaikanlah nilai-nilai murni seperti sikap jujur, luhur, berdisiplin, rajin, cekap dan sabar dalam melaksanakan tugas,” titah bagianda pada majlis ‘Apresiasi Kakitangan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) 2014’ di sini, malam tadi.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir pengerusi Lembaga Pengarah KUIPs, Datuk Prof Dr Hassan Said, Mufti Perlis Prof Madya Mohd Asri Zainul Abidin dan Rektor KUIPs Dr Mohd Mizan Mohamad Aslam.

Syed Faizuddin bertitah motivasi kakitangan boleh dipertingkat melalui sistem dan prosedur kerja berkesan yang mudah difahami seperti setiap pekerja diperjelaskan bidang tugas dan tanggungjawab serta prosedur yang perlu dipatuhi.

Baginda mencadangkan setiap pekerja dilatih cara berkomunikasi dan berinteraksi yang berkesan manakala program latihan yang dirancang mempunyai tujuan jelas agar mereka lebih mahir dan bermotivasi.

“Gaya dan cara kepimpinan serta budaya korporat organisasi juga memberi kesan terhadap produktiviti dan motivasi kakitangan. Jadi, tanganilah masalah peribadi mereka dengan bijak dan berhemah,” tambah Syed Faizuddin.

Pada majlis itu baginda berkenan menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Staf Cemerlang masing-masing kepada lima penerima.

KUIPs yang dinaungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) membuat pengambilan sulung pertengahan tahun lepas kini mempunyai 159 pelajar dan bermatlamat menjadi gedung ilmu serta menyumbang terhadap pembangunan dan kemajuan Perlis. – BERNAMA

Tags: majikanpekerja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

Jangan Ganggu Pekerja ‘Work From Home’ Lepas Waktu Kerja

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Majikan diingatkan supaya tidak mengganggu pekerja di luar waktu bekerja susulan pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) Setiausaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd