• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Masih Kurang Penganalisis Bumiputera

oleh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR — Malaysia menghadapi kekurangan Penganalisis Kewangan Bertauliah (CFA) dan Pengurus Risiko Kewangan (FRM) Bumiputera, di waktu ia bergerak menjadi negara berpendapatan tinggi, kata Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Katanya, daripada 800 CFA berdaftar dan 93 FRM bertauliah di Malaysia, CFA Bumiputera adalah 115 sementara FRM adalah 15, satu angka yang rendah berbanding 4,000 CFA dan 850 FRM di Singapura.

“Kerajaan sedar akan situasi ini dan saya mengalu-alukan inisiatif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) untuk menangani isu kekurangan ini dengan menyediakan program CFA dan FRM yang bukan sahaja menyediakan dana tetapi juga kemahiran nilai tambah selain sijil untuk Bumiputera menjadi CFA dan FRM bertauliah,” katanya pada ucap tama di Sidang Kemuncak Kewangan, Perbankan dan Pelaburan (FBI) 2018, di sini, hari ini.

Syed Saddiq berkata, adalah penting kepada Bumiputera untuk mencabar diri dan mengukuhkan keupayaan mereka terutama dalam profesion berpendapatan tinggi.

“Lebih ramai penganalisis, pengurus portfolio dan pegawai pelaburan bank diperlukan negara dan program ini membantu menangani isu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Yayasan Peneraju, Raja Azura Raja Mahayuddin, berkata CFA dan FRM mendapat permintaan yang tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan serta pelaburan, yang mana adalah antara industri paling cepat berkembang.

“Profesional ini diperlukan untuk memacu Malaysia menjadi ekonomi berpendapatan tinggi,” tambahnya. — BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd