• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perak Cadang Caj Pemaju Gagal Bina Rumah Kos Rendah

oleh Cj Mnh
17/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Pemaju perumahan di Perak yang tidak membina rumah kos sederhana rendah atau rumah kos rendah mungkin perlu membayar nilai tertentu atau caj kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) sebagai subsidi untuk skim perumahan kos rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baharu Negeri Paul Yong Choo Kiong berkata cadangan itu masih di peringkat perbincangan dan dijangka diumumkan dalam tempoh terdekat.

Katanya kerajaan negeri juga sedang berusaha mempelbagaikan pilihan kepada para pemaju yang tidak mampu menyiapkan komposisi projek berasaskan harga sedia ada bagi merancakkan lagi pertumbuhan sektor hartanah di Perak.

“Pemaju perlu menyiapkan 20 peratus rumah mampu milik, 20 peratus rumah kos sederhana dan 10 peratus rumah kos rendah daripada keseluruhan projek perumahan yang mereka bangunkan,” katanya dalam ucapan perasmian Pameran Hartanah MyRumah 2018 anjuran The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Sementara itu, Yong berkata peningkatan harga rumah yang mendadak berbanding kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah mendatar sejak kebelakangn ini menghalang kemampuan rakyat untuk memiliki kediaman sendiri.

Beliau berkata kerajaan negeri sedar akan permasalahan itu dan sedang memperincikan kaedah paling sesuai bagi mengurangkan harga rumah di Perak

“Antara cadangan yang dikemukakan termasuk mengurangkan kadar cukai dan caj pembangunan yang dikenakan oleh kerajaan negeri kepada pihak pemaju perumahan,” katanya.

Pameran tiga hari yang bermula hari ini meneruskan siri penjelajahannya yang menawarkan pelbagai projek perumahan baharu dengan keluasan yang lebih besar dan harga yang lebih berpatutan. – BERNAMA

Tags: pemajurumah kos rendah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemaju Akan Naik Harga Untuk Tarik Warga Asing

12/10/2019
0

PETALING JAYA - Kumpulan mewakili pembeli rumah hari ini memberi amaran kemungkinan pemaju menaikkan harga bagi menarik pembeli asing susulan...

Pemaju Jual Rumah Besar-Besaran Kepada Warga Hong Kong

22/08/2019
0

PETALING JAYA - Semakin ramai pembeli hartanah yang kaya dari Hong Kong melihat Malaysia sebagai destinasi rumah kedua mereka sewaktu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd