• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ditumbuk Bertalu-Talu, Petinju 13 Tahun Maut

oleh Ahmad Albab
16/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG petinju remaja maut akibat pendarahan otak sehari selepas tidak sedarkan dalam satu kejohanan Muay Thai yang menawarkan wang tunai sebanyak 2,000 baht (RM254), malam Sabtu lalu.

Anucha Tasako, 13, terkena lima tumbukan bertalu-talu di kepalanya oleh lawannya, Nitikron Sonde yang juga seusianya di Samut Prakan.

Petinju remaja itu kelihatan bergelut dan beberapa kali jatuh selepas tumbukan tersebut.

Rakaman video yang diambil menggunakan telefon bimbit menunjukkan Anucha yang tidak memakai pelindung kepala, terkulai atas kanvas gelanggang.

Sejurus selepas kejadian, pembantunya meluru masuk ke dalam gelanggang untuk membantu Anucha yang tidak bergerak.

Dia kemudian diisytiharkan meninggal dunia akibat pendarahan otak, kata polis.

Rakaman video menunjukkan Anucha kelihatan bergelut dan hampir terjatuh.

Anucha mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia tujuh atau lapan tahun, kata bapa saudaranya, Damrong Tasako, yang membesarkannya sejak usia tiga tahun.

Tambahnya, Anucha merupakan seorang remaja yang amat berbakat.

Dia mula bertarung ketika berusia lapan tahun memenangi perlawanan pertama dengan hadiah bernilai 300 baht (RM38).

Tasako berkata Anucha menyertai sukan lasak itu kerana dia mahu mendapatkan wang untuk membeli barang yang dikehendakinya.

“Impiannya sentiasa mahu menjadi juara di Stadium Lumpini atau Stadium Ratchadamneon,” katanya yang merujuk kepada dua gelanggang utama kejohanan Muay Thai di Bangkok.

“Dia juga mahu memasuki sekolah kadet tentera.”

Ketika ditanya mengenai kematian Anucha, Tasako berkata dia tidak menyalahkan sesiapa.

“Dia meninggal seperti wira. Dia adalah seorang pejuang,” katanya. – edition.cnn.com/mStar Online

Tags: mautpetinju
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bahana Jalan Berlubang  – Anggota Trafik Maut

Bahana Jalan Berlubang – Anggota Trafik Maut

06/03/2026
0

KUALA BERANG – Seorang anggota trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu maut selepas motosikal yang dinaikinya terbabas...

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

Budak 11 Tahun Maut, 2 Adik Kritikal Diberi Minum Metadon Oleh Ibu

11/02/2026
0

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala dua adiknya kritikal selepas dipercayai diberi minum Metadon oleh ibu kandung mereka sendiri, pagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd