• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rosmah Dijangka Didakwa Esok

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga solar di sekolah-sekolah di Sarawak.

Perkara itu dinyatakan oleh peguamnya, Datuk K Kumaraendran ketika ditemui selepas mengiringi Rosmah memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini hari ini.

“Saya tidak mahu mengambil apa-apa soalan, cuma boleh sahkan anak guam saya akan didakwa di mahkamah Jalan Duta esok,” katanya.

Rosmah dijangka didakwa pada 3 petang esok.

Rosmah yang tiba di ibu pejabat SPRM pada 11.40 pagi dilihat meninggalkan kawasan itu kira-kira 2.35 petang selepas selesai memberi keterangan dipercayai berkaitan kes pembekalan tenaga solar tersebut.

Menurut sumber SPRM, notis memerintahkan Rosmah hadir telah diserahkan semalam.

Pada awal Jun lalu, sebuah portal berita melaporkan kemungkinan wujud penyelewengan dalam pemberian kontrak projek hibrid solar bernilai RM2.5 bilion di Sarawak yang didakwa diberikan melalui penganugerahan kontrak secara terus di bawah arahan seorang bekas pemimpin tertinggi negara.

Pemimpin berkenaan turut didakwa mengarahkan Kementerian Pendidikan pada Januari tahun lepas agar melantik sebuah syarikat perniagaan kereta sewa di Bintulu bagi projek hibrid solar untuk 369 sekolah pedalaman di Sarawak. – BERNAMA

Tags: Datin Seri Rosmah MansorDidakwa
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

Rais Yatim Didakwa Bawah Akta Hasutan Berkait Krisis Adat Negeri Sembilan

25/09/2026
0

MELAKA - Pengerusi Parti Wawasan Negara (Wawasan), Tan Sri Dr Rais Yatim, 84, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer...

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

Dalam Tempoh 2 Minggu Tokoh-Tokoh BN Telah Direman, Ditahan, Didakwa – Rafizi

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengasas Parti BERSAMA, Datuk Seri Rafizi Ramli mengalu-alukan usaha berterusan pihak berwajib mendakwa mana-mana ahli politik atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd