• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kisah Maid Malukan Jokowi, Kenangan Pahit Lawat Malaysia

oleh
18/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Presiden Indonesia Joko Widodo, yang juga dikenali sebagai Jokowi, merancang untuk menghalang rakyat negara itu daripada bekerja sebagai pembantu rumah di luar negara terutama Malaysia, menurut laporan agensi berita rasmi Antara.

Alasan ketua negara Indonesia itu ialah beliau berasa agak kurang selesa ketika berbincang isu pembantu rumah dengan pemimpin Malaysia semasa lawatan rasminya selama tiga hari ke negara tersebut sebelum ke Brunei dan Filipina awal Februari lalu.

Widodo menyifatkan tugas amah yang melakukan kerja-kerja rumah dengan majikan luar negara secara tersirat telah menjejaskan maruah dan nama baik Indonesia khasnya jika pekerja terbabit memang bermasalah disiplin.

BACA : Arab Saudi Tegas Usir 27,000 PATI Warga Indonesia

Bangunan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur. – Gambar hiasan

“Dalam tempoh yang sesegera mungkin, kita akan hentikan penghantaran tenaga kerja Indonesia sebagai pembantu rumah secepat-cepatnya. Kita perlu ada keyakinan tinggi dan harga diri,” ujarnya seperti dilaporkan media Indonesia.

Malah beliau sudah mengarahkan Menteri Tenaga Manusia Indonesia untuk segera menyelesaikan isu tersebut, termasuk secara berperingkat membawa pulang semua warganya yang bekerja di negara asing tanpa dokumen perjalanan sah.

Widodo berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptama Musyawarah Nasional II Parti Hati Nurani Rakyat atau Hanura di Solo atau nama rasminya kini, Surakarta, wilayah Jawa Tengah; tempat beliau dilahirkan 53 tahun lalu.

Pada majlis itu, Widodo, yang pernah menjadi Datuk Bandar Solo dari 2005 sebelum menjadi Gabenor Jakarta pada 2012; mengatakan beliau mempunyai pengalaman pahit sewaktu melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, Brunei dan Filipina.

Pengalaman paling pahit, menurut beliau, amat dirasai ketika membuat kunjungan perdana ke Malaysia bahkan hatinya ‘sakit’ apabila menerima laporan, kebanyakan daripada tenaga kerja Indonesia di Malaysia berkhidmat sebagai pembantu rumah.

Ujar Jokowi, daripada sejumlah 2.3 juta tenaga kerja Indonesia di seluruh dunia, 1.2 juta daripadanya adalah pekerja tanpa langsung ada dokumen yang sah, dan paling memalukan beliau, apabila diberitahu majoriti bertugas di Malaysia. – Agensi

Tags: amahIndonesiaJokowiMalaysiapresiden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

Wakil Pelarian Rohingya Rayu Malaysia Terus Tunjuk Belas Ihsan

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Seorang wakil komuniti pelarian Rohingya, Sharif Media merayu kepada kerajaan dan rakyat Malaysia agar terus menunjukkan belas...

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd