• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Budak Dalam Mesin Dobi: Jurujual Dijel 2 Bulan

oleh Ahmad Albab
09/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KUBU BHARU – Seorang jurujual yang memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dobi layan diri yang kemudian terkunci secara automatik dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, di sini, hari ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Azmil Muntapha Abas yang bertindak sebagai Majistret menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Irwan Abdul Jalil, 27, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes hari ini.

Mahkamah kemudian memerintah tertuduh yang juga seorang duda menjalani hukuman penjara itu bermula pada tarikh tangkap 3 Okt lepas, iaitu selepas video detik cemas kejadian itu di sebuah kedai dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang, tular di Facebook.

Sebelum menjatuhkan hukuman itu Hakim Azmil Muntapha berkata: “Perbuatan kamu memasukkan seorang kanak-kanak ke dalam mesin basuh boleh menyebabkan bahaya dan mengancam keselamatan kanak-kanak itu.

“Sekiranya mesin basuh itu berpusing apa akan jadi kepada kanak-kanak itu kerana peralatan dobi untuk mencuci pakaian bukan untuk gurauan,” katanya.

Beliau turut bertanyakan kepada tertuduh adakah beliau telah meminta maaf kepada kakaknya yang merupakan pengadu dalam kes ini.

“Sudah minta maaf dengan kakak?,” soal hakim itu dengan tertuduh kemudian menjawab dia sudah meminta maaf kepada pengadu.

Tertuduh didakwa memasukkan anak saudara lelakinya yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh sehingga membahayakan keselamatan mangsa di sebuah kedai dobi di Seksyen BS1, Bandar Bukit Sentosa, Hulu Selangor, pada pukul 12.30 tengah malam, 2 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda sehingga RM500 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Khairulazhwa Yusrie Mohamad memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran supaya kejadian seperti itu tidak berulang lagi.

Bagaimanapun, Muhammad Irwan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menanggung​​​​​​​ ibu dan adik bongsu dengan pendapatan RM1,000 sebulan sebagai jurujual.

Mengikut fakta kes, kakak kepada tertuduh sedang mencuci baju di kedai dobi itu apabila tertuduh memasukkan mangsa yang berusia tiga tahun ke dalam mesin basuh. Bagaimanapun, gurauan itu membawa padah apabila mesin basuh itu terkunci secara automatik.

Kakak tertuduh kemudian meminta pertolongan daripada orang ramai dan kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan.

Ekoran kejadian itu kakak tertuduh membuat laporan polis dan tertuduh ditangkap pada pukul 2.50 pagi keesokan harinya. – BERNAMA

Tags: jurujualPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

Pemandu Teksi Sedih Anwar Dipenjarakan

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali detik sukar yang pernah dilaluinya, tetapi golongan pemandu teksi...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd