• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu KM Sabah, Hormati Keputusan Mahkamah

oleh
08/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Rakyat Sabah harus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini yang menolak saman pemula Tan Sri Musa Aman, sekali gus mengekalkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang sah, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick.

Sehubungan itu, Ewon mengajak semua pihak, termasuk anggota pentadbiran awam bergerak ke hadapan dengan lebih harmoni untuk sama-sama memajukan negeri ini.

“Saya pasti keputusan penghakiman ini akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah untuk tatapan umum dan seterusnya menjadi rujukan kes penting pada masa hadapan. Mari menghormati keputusan mahkamah ini.

“Dengan ini, tiba masanya bagi kita semua, sama ada Anggota Pentadbiran Negeri, Anggota Perkhidmatan Awam serta rakyat dan sektor-sektor lain untuk bergerak ke hadapan dengan lebih harmoni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Ewon yang juga Naib Presiden UPKO berkata pilihan raya umum ke-15 masih lagi lama dan oleh itu semua pihak seharusnya mengisi masa dengan bekerjasama ke arah kebaikan rakyat.

Katanya rakyat Sabah berhak mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang stabil melalui urus tadbir penyampaian awam yang lebih baik daripada sebelum ini.

Ewon berkata rakyat juga berhak menikmati pembangunan kemudahan dan kemajuan ekonomi yang lebih baik dengan adanya kestabilan politik dan keharmonian kerjasama dalam penyampaian kerajaan Sabah serta hubungan lebih baik dengan kerajaan Persekutuan.

“Ini seharusnya menjadi fokus utama kita sekarang. Bagi rakan-rakan pimpinan kerajaan Sabah, mari bekerja untuk melaksanakan yang terbaik buat rakyat negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ewon Benedick
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ewon Tekad Bangkit Isu Sabah, Bersama Bina Negara

Ewon Tekad Bangkit Isu Sabah, Bersama Bina Negara

03/12/2022
0

Kota Kinabalu : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan memanfaatkan kedudukannya sebagai wakil Sabah dalam Kabinet Kerajaan...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

02/12/2022
0

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membarisi Kabinet Kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd