Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kertas UPSR Sains Bocor,...

Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan subjek Science 018, 028...

DAP Akan Lawan RUU355...

KUALA LUMPUR - DAP akan menentang usaha PAS untuk memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah...

Elak Lakukan Aktiviti Berat...

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti...

Penagih Korek Mata, Kerat...

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun dibunuh kejam apabila mayatnya...

Ewon Benedick, Armizan Wakil Sabah Dalam Kabinet Anwar

KOTA KINABALU : Dua wakil dari Sabah masing-masing dari Pakatan Harapan (PH) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) membarisi Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka ialah Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ewon Benedick dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.

Ewon yang juga bakal Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, manakala Armizan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Kedua-duanya muka baharu yang berjaya memenangi kerusi ditandingi masing-masing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November lalu.


Ewon juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, selain pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ketika pentadbiran kerajaan Parti Warisan (WARISAN) sebelum ini.

Beliau bertanding atas tiket PH di kerusi Parlimen Penampang pada PRU15 dan menewaskan Timbalan Presiden WARISAN yang juga penyandang kerusi berkenaan, Datuk Darell Leiking.

Armizan pula mewakili GRS di kerusi Parlimen Papar turut menewaskan penyandang dari WARISAN, Ahmad Hassan pada PRU15.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori