Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Zamri Hargai Peranan Pakar...

LUMUT - Peranan pakar dan pegawai perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berkhidmat...

PKPB: Pekerja Awam, Swasta...

KUALA LUMPUR - Semua pekerja sektor awam dan swasta peringkat pengurusan serta pentadbiran...

Gunung Berapi Costa Rica...

SAN JOSE – Gunung berapi Turrialba di sini memuntahkan asap dan abu setinggi...

Ramasamy Tetap Mahu SOSMA...

GEORGETOWN - Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, tidak berganjak dengan...

Ewon Tekad Bangkit Isu Sabah, Bersama Bina Negara

Kota Kinabalu : Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick akan memanfaatkan kedudukannya sebagai wakil Sabah dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan untuk membangkitkan isu berkaitan rakyat Sabah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Penampang yang juga Ahki Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian itu berkata, beliau juga akan bekerjasama dengan rakan Kabinet lain bagi mencari penyelesaian terhadap isu Sabah, khususnya yang berkaitan dengan hak negeri ini.

“Sebagai seorang daripada dua wakil dari Sabah, saya akan melihat ke hadapan untuk membangkitkan isu berkaitan rakyat Sabah dan akan bekerja bersama rakan Kabinet untuk mencari penyelesaian, khususunya berkaitan hak Sabah.

“Saya juga akan memberi perhatian serius kepada kawasan yang saya wakili iaitu Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian kerana masih banyak pembangunan yang perlu diberikan perhatian di bawah kerajaan baharu persekutuan,” katanya dalam maklum balas mengenai pelantikannya dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi.

Ewon, 39, yang bakal menggalas tugas sebagai Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) selepas kongres parti itu bulan depan bersyukur dan bangga dapat menjadi sebahagian daripada Kabinet baharu persekutuan.


“Saya melihat ke hadapan untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada saya sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,” katanya.

Ewon sebelum ini pernah menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah ketika di bawah kerajaan Parti Warisan (WARISAN) dari 2018 hingga 2020.

Beliau memenangi kerusi Parlimen Penampang atas tiket Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti lebih 12,000 undi menewaskan penyandangnya yang juga Timbalan Presiden WARISAN, Datuk Darell Leiking pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November lalu.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori