• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Osman Sapian Ucap Tahniah JDT Dominasi 9 Anugerah ABK18

oleh
06/11/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang mendominasi sembilan anugerah di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2018 (ABK18) di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi.

Osman menerusi laman Twitter @TokmanOfficial menyifatkan kejayaan tersebut merupakan hasil kerja keras berpasukan dan komitmen yang diberikan pemilik kelab JDT itu sendiri, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Tahniah JDT atas kejayaan mendominasi Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) dengan membolot sembilan anugerah. Kejayaan ini adalah hasil kerja keras berpasukan serta komitmen @HRHJohorII untuk memastikan skuad Harimau Selatan sentiasa menjadi yang terbaik. #MuafakatItuBerkat ,” katanya dalam akaun twitter miliknya.

Terdahulu, dalam ABK ‘18 yang berlangsung malam tadi menyaksikan pemain sayap JDT, Muhammad Safawi Rasid yang membantu skuad Harimau Selatan meraih kejuaraan Liga Super buat kali kelima berturut-turut sejak 2014, melengkapkan musim ini merangkul anugerah pemain paling bernilai (MVP), selain turut menggondol dua anugerah lain – pemain muda harapan dan pemain tengah terbaik.

JDT turut memenangi enam anugerah lain merangkumi penjaga gol terbaik (Farizal Marlias), pemain ASEAN terbaik (Hariss Harun), pasukan terbaik, penyokong terbaik, media sosial terbaik dan laman web terbaik. – BERNAMA​​​​​​​

Tags: Datuk Osman SapianJDT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd