• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ramai Wanita Terjebak Cinta Siber

oleh Ahmad Albab
06/11/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Mudah percaya dengan ‘ayat cinta’ serta kekayaan ‘luar biasa’ pasangan maya, menjadi punca gadis, wanita dan isteri orang terjebak penipuan ‘online’ sehingga kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Perkara ini didedahkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, selepas menerima banyak laporan kes membabitkan percintaan siber.

“You (kamu) bayangkan bercinta dengan komputer, logik tak? Ramai gadis, isteri orang boleh percaya orang dalam komputer mengatakan dia orang kaya dari Amerika dan Britain, selain memiliki harta.

“Dalam komputer saya boleh tunjuk wajah saya seperti Rod Stewart dan Sylvester Stallone, tapi sebenarnya mereka orang Nigeria dan Afrika,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan penipuan dalam talian pada Program Town Hall Discussion Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sebuah hotel di Senai, malam tadi.

Menyifatkannya sebagai percintaan dengan komputer, mangsa akhirnya sanggup berkongsi ‘body art’ atau seni badan kepada teman siber hingga kerugian wang ringgit.

“Apabila (gadis dan isteri orang) rasa dicintai serta disayangi, akhirnya mereka sanggup berkongsi ‘body art’ dan membuka baju sehelai demi sehelai.

“Selepas buka (berkongsi gambar), mereka dikehendaki membayar antara RM300,000 hingga RM400,000 dan jika gagal membayar gambar itu akan disebarkan,” katanya.

Katanya, mangsa yang tertipu dan bimbang gambarnya disebar membuat laporan polis kerana bimbang diaibkan.

Menjawab soalan sama ada siasatan akan dilakukan dan sejauh mana kes itu berjaya dibanteras, beliau mengakui agak sukar bagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan.

“Sebab apa (tidak berjaya) kerana kita tidak mengenali suspek yang menggunakan nombor luar negara biarpun beroperasi di negara ini.

“Saya akui memang susah, tetapi apabila laporan dibuat oleh pengadu, kita akan teruskan dengan menyiasat kes itu,” katanya.

Menurutnya, laporan dibuat itu dapat membantu 1,000 orang lain daripada menjadi mangsa penipuan serupa.

Katanya, Polis Johor menerima banyak kes penipuan termasuk Love Scam, Macau Scam dan Pinjaman Tidak Wujud.

“Bayangkan, (pemberi pinjaman) nak bagi pinjaman berjumlah RM10,000, tetapi meminta anda memasukkan wang RM2,000 untuk yuran proses. Logik tak?

“Bahkan ada anggota polis turut menerima panggilan geng penipuan itu memintanya pergi ke Pulau Pinang kerana mempunyai saman trafik,” katanya sambil menambah tidak mudah untuk polis menyiasat kes seperti ini. – BH ONLINE

Tags: Cinta SiberWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd