• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Berhasrat Ambil Enam Daripada 13 Kerusi Gerakan Di P.Pinang

oleh
04/11/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – UMNO Pulau Pinang berhasrat mengambil enam daripada 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diperuntukkan kepada Gerakan sebelum ini untuk ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga presiden UMNO berkata persetujuan itu pada prinsipnya dicapai susulan permintaan dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berhubung perkara itu.

“Walaupun kita tahu PRU15 masih lama lagi tetapi penyusunan gerak kerja harus berjalan sekarang kerana semangat orang-orang UMNO terlalu tinggi dan mereka mahu bekerja,” kepada pemberita selepas Perjumpaan Khas Presiden UMNO bersama Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, di sini hari ini.

Gerakan mengumumkan keluar daripada BN pada 23 Jun lepas sebagai sebahagian daripada matlamatnya untuk menyatukan kembali parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada PRU14.

Ditanya sama ada pengambilan kerusi Gerakan oleh UMNO itu akan diperluaskan ke kerusi Parlimen dan negeri-negeri lain, Ahmad Zahid berkata masih terlalu awal untuk membincangkan perkara itu.

Berhubung baki tujuh lagi kerusi itu, beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan parti komponen yang lain termasuk parti-parti lain yang akan menyertai BN yang akan dijenamakan semula.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Ahmad Zahid berkata adalah satu perkara mustahil bahawa 40 anggota Parlimen UMNO akan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai tindakan untuk mewujudkan perspektif negatif rakyat terhadap parti itu.

Beliau berkata dakwaan itu juga adalah cubaan pihak luar untuk memecahbelahkan UMNO dan percaya musuh politik UMNO dan BN akan menggunakan pelbagai cara untuk menjatuhkan parti itu.

“Saya yakin semua wakil rakyat kita bersedia untuk terus bersama dengan UMNO dan BN sebagai satu kumpulan yang kuat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

Harga Minyak Cecah Sekitar AS$115.55 Setong – Ahmad Zahid

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Harga minyak mencecah sekitar AS$115.55 setong, manakala kos subsidi meningkat daripada RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam...

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

05/05/2024
0

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan rakyat supaya mengawal diri daripada menulis atau berkongsi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd