• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangkap Saya Jika Mampu – Aktivis Sabah

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Aktivis Sabah, Doris Jones, yang di kehendaki kerana didakwa menggalakkan pemisahan Sabah dan Sarawak dari Malaysia, tidak berniat untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi tuduhan menghasut.

Jones, yang menyeru agar Sabah dan Sarawak keluar Malaysia melalui media sosial, terutama melalui halaman Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menghubungi The Star pada Ahad selepas wartawan cuba mencari di laman Facebook miliknya.

Jones berkata, dia tidak tahu apa-apa mengenai saman yang dikeluarkan ke atasnya pada bulan lepas bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Hasutan yang membawa kepada pengeluaran waran tangkap oleh polis Malaysia pada Rabu lalu.

Katanya, terpulang kepada pihak berkuasa Malaysia untuk menggunakan saluran yang betul bagi mengekstradisinya dan mengelak memberitahu lokasi sebenar ketika ditanya.

“Mereka boleh cuba untuk mendapatkan saya di United Kingdom, Kesatuan Eropah (EU) atau mungkin di Australia. Mereka boleh cuba.

“Saya tidak fikir Malaysia mempunyai perjanjian ekstradisi dengan EU,” kata aktivis berusia 46 tahun yang cukup berhati-hati mendedahkan identitinya.

“Saya Doris Jones,” katanya ketika ditanya sama ada dia Doris Yapp Kim Youn dari Labuan, seperti mana tercatit di waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Kinabalu.

Ketika ditanya sama ada dia masih lagi warganegara Malaysia, jawabnya: “Saya tidak mahu menjawab soalan itu. Saya dari Sabah.

“Walau bagaimanapun, Jones, yang dipercayai berpangkalan di London, berkata dia bertanding dalam pilihan raya Mei 2014 untuk Parlimen Eropah melalui Parti Kebangsaan Liberal yang berpangkalan di United Kingdom di atas platform ‘penentuan sendiri’.

Sekurang-kurangnya 14 aktivis di Tuaran dan Kota Kinabalu telah ditahan awal bulan ini kerana dikatakan cuba mendapatkan tandatangan daripada orang ramai dan mengedarkan bahan-bahan puak pemisah.

Mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis. – mStar Online

Tags: aktivisSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

Beberapa Guru Nyaris Hilang Nyawa Akibat Brek Keretapi Gagal Berfungsi Dalam Kejadian Di Sabah, Pagi Tadi

03/03/2026
0

Oleh Mynewshub  TENOM: Sebuah keretapi yang membawa beberapa guru dari Sekolah Kebangsaan Pangi, Tenom dilaporkan mengalami masalah brek gagal berfungsi...

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

Jangan Kejar Agenda Peribadi, Amaran Hajiji Kepada Setiausaha Politik Baharu Dilantik

18/12/2025
0

KOTA KINABALU: Ketua Menteri , Datuk Seri Hajiji Noor memberi amaran kepada setiausaha politik di negeri ini supaya tidak menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd