• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Condor Airlines Tawar Penerbangan Terus KL-Frankfurt

oleh Ahmad Albab
02/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Condor Airlines, pesawat komersial dari Jerman muncul pengendali penerbangan terbaru memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai destinasi penghubung.

Ketua Pegawai Strategi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Azli Mohamed berkata pemilihan itu berupaya melonjakkan lagi imej KLIA berdasarkan reputasi Condor Airlines sebagai operator penerbangan kedua terbesar di Jerman.

“Condor Airlines, antara perintis yang mempunyai sejarah dalam industri penerbangan menjadi pesawat penumpang ke-58 memilih untuk beroperasi di KLIA.

“Selain berupaya meningkatkan jumlah penumpang di KLIA, penerbangan terus ini juga mampu mengukuhkan segmen ekonomi dan pelancongan negara,” katanya sejurus menyambut ketibaan penerbangan sulung Condor Airlines yang mendarat di KLIA hari ini.

Ketibaan pesawat B767-300 dari Frankfurt pada 6.35 pagi yang disertai Duta Malaysia di Jerman, Sarah Nava Rani Al Bakri Devadason itu disambut oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Kamarudin Jaffar dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik.

Ketibaan pesawat yang turut membawa bersama tujuh petugas media dari Jerman itu disambut dengan water salute sebaik mendarat, manakala penumpang dihiburkan dengan persembahan kebudayaan oleh Tourism Malaysia.

Mengulas lanjut, Azli berkata untuk permulaan Condor Airlines menyediakan penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Frankfurt iaitu pada Selasa, Jumaat dan Ahad manakala Isnin, Khamis dan Sabtu bagi Frankfurt ke Kuala Lumpur.

Sementara itu Kamarudin dalam ucapan alu-aluannya memuji usaha itu dengan berkata ia adalah tepat pada masanya, terutama dalam usaha untuk melancarkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.

Beliau berkata ia juga menunjukkan minat yang tinggi oleh kerajaan untuk mengukuhkan kehadiran negara di pasaran Jerman, iaitu Malaysia sering menjadi rakan dagang utama Jerman dalam kalangan negara ASEAN.

“Dengan tawaran laluan baharu ini, saya berharap ia akan menawarkan perkhidmatan lebih baik kepada rakan kongsi kedua-dua negara dan jaminan komitmen kami untuk pertumbuhan pelancongan yang lebih baik dan lengkap,” katanya. – BERNAMA

Tags: Condor AirlinesKLIA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

Wanita Tular Di KLIA Disahkan Warga Tempatan, Ada Kad Masalah Kesihatan Mental

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Wanita yang didakwa menetap di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disahkan warga tempatan dan memiliki kad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd