• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Tubuh Pusat Asuhan Perlu Dipinda

oleh Cj Mnh
01/11/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) disaran meminda beberapa syarat yang ditetapkan untuk menubuhkan pusat asuhan kerana didapati merumitkan banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata ini kerana, penubuhan pusat taska khususnya di kawasan perumahan dilihat sukar untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh PBT.

“Jika pengusaha mahu mendirikan taska di kawasan perumahan, mereka perlu mendapat kelulusan daripada semua kejiranan yang menyatakan mereka bersetuju, jika tidak taska itu tidak dapat dibuka.

“Jadi perkara sebeginilah yang memerlukan pindaan bagi memudahkan proses untuk membuka taska atau pusat asuhan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup program Rejuvenasi Taska Tempat Kerja Peringkat Negeri Selangor di sini, hari ini.

Program itu dilaksanakan bagi merealisasikan amanat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Julai lalu yang mahu semua agensi dan jabatan kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja masing-masing bermula Januari tahun hadapan.

Dr Siti Mariah dalam pada itu menyeru semua agensi kerajaan dan majikan swasta di Selangor supaya menubuhkan taska di tempat kerja masing-masing bagi memastikan kanak-kanak berusia bawah empat tahun mendapat asuhan serta didikan awal yang berkualiti.

“Kami mahu taska ini lebih dekat dengan penjawat awam untuk menjamin keselamatan anak dan memudahkan urusan mereka serta meningkatkan produktiviti pekerja terutamanya wanita yang berkeluarga di Selangor,” katanya.

Mengulas mengenai program rejuvenasi itu pula, beliau berharap penganjurannya dapat memberi suntikan semangat dan panduan kepada setiap ketua jabatan serta majikan swasta dalam merealisasikan penubuhan taska di tempat kerja masing-masing.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersedia untuk memberikan latihan kepada semua ketua jabatan dan majikan dalam menjayakan penubuhan taska di tempat kerja selepas ini. – BERNAMA

Tags: syarattaska
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

Aktiviti Membabitkan Sumber Alam Perlu Dilaksana Secara Terkawal, Mematuhi Syarat – PMX Anwar

08/05/2026
0

CEBU - Kerajaan Persekutuan tidak menolak keperluan negeri mencari hasil tambahan, tetapi ia perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar, keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd