• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Hasmah Lancar Pertubuhan Kasih Malaysia

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri Harapan atau Kasih Malaysia yang menghimpunkan isteri menteri dan timbalan menteri bagi tujuan amal dilancarkan hari ini.

Isteri Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kasih Malaysia Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berkata pertubuhan itu sudah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan kini sedia untuk melaksanakan sebarang program.

“Kita akan mula dari zero ground,” katanya pada majlis pelancaran Kasih Malaysia oleh tokoh tersohor negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) di Seri Perdana di sini.

Dr Siti Hasmah berkata Kasih Malaysia komited untuk memberi khidmat kepada rakyat yang telah mengundi Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau turut menyifatkan pelancaran Kasih Malaysia sebagai satu sejarah kerana sebelum ini tidak ada pertubuhan yang mengumpulkan isteri-isteri pemimpin Pakatan Harapan.

Zeti yang turut merasmikan mesyuarat tahunan Kasih Malaysia yang pertama dalam ucapannya berkata beliau percaya Kasih Malaysia mempunyai peranan yang signifikan dan boleh melonjak keberdayaan golongan wanita di negara ini.

“Sebagai pendukung utama kejayaan suami, ahli Kasih Malaysia perlu buktikan yang mereka boleh tunaikan harapan baharu Malaysia,” katanya.

Zeti berkata beliau percaya Kasih Malaysia mampu menjadi pasukan yang mantap dan boleh melaksanakan tanggungjawab meringankan beban golongan yang memerlukan biarpun dalam persekitaran yang mencabar. – BERNAMA

Tags: NGOTun Dr Siti Hasmah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

Laman Facebook Najib Razak Ucap Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik ucapan takziah kepada Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd