• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Leicester City Sah Maut Nahas Helikopter

oleh Ahmad Albab
29/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LEICESTER CITY – Jutawan pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai antara lima mangsa terbunuh dalam nahas helikopter di tempat letak kereta bersebelahan Stadium King Power, sejurus berlepas.

Sejumlah besar peminat yang sudah menjangkakan berita buruk itu meletakkan kalungan bunga, selendang bola dan melakukan upacara sembahyang mengikut agama Buddha di luar perkarangan sebagai memperingati mendiang Vichai Srivaddhanaprabha, lelaki bertanggungjawab untuk kemenangan kelab terbabit dalam kejuaraan Premier pada 2016.

“Dunia telah kehilangan seorang lelaki yang sangat hebat,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

“Leicester City adalah satu keluarga di bawah kepimpinan beliau. Sebagai sebuah keluarga, kami akan meratapi pemergian mendiang dan meneruskan wawasan kelab yang kini adalah legasi ditinggalkan mendiang,” kata kelab itu lagi.

Buku ucapan takziah akan diletakkan di stadium berkenaan bermula esok dan pasukan itu turut menangguhkan perlawanan menentang Southampton.

“Semua orang dalam kelab ini amat terharu dengan reaksi keluarga besar sukan bola sepak dan sokongan serta solidariti yang mereka berikan sangat dihargai pada waktu sukar ini,” kata kenyataan itu.

Polis menamakan empat mangsa lain sebagai Nursara Suknamai dan Kaveporn Punpare iaitu dua petugas Vichai, juruterbang Eric Swaffer dan penumpang Izabela Roza Lechowicz.

Vichai, 60, pemilik empayar bebas cukai King di Thailand sering kelihatan setiap kali perlawanan diadakan dan sering berulang-alik dari negara asalnya untuk menyaksikan kelabnya bermain

Beliau dan empat penumpang lain menaiki pesawat berwara biru itu dan berlepas dari tengah padang sejurus stadium itu kosong. usai perlawanan dengan West Ham yang berkesudahan dengan seri 1-1.

Saksi berkata, helikopter itu dilihat seolah-olah mengalami masalah teknikal di kipas belakang sejurus berlepas.

Foto menunjukkan bangkai pesawai terbabit dijilat api di tempat meletak kereta Stadium King Power, lokasi sambutan meraikan kejayaan Leicester City menjuarai Liga Premier dua tahun lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Leicester Citynahas helikopter
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

Nahas Helikopter: BSKU Ambil Alih Siasatan Di Lokasi Kejadian

06/02/2025
0

Bentong : Siasatan di lokasi kejadian nahas helikopter terhempas dan terbakar di tapak pendaratan di Batu 9, Jalan Lama Kuala...

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

Iran Mulakan Siasatan Nahas Helikopter Presiden Raisi

21/05/2024
0

Iran telah memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd