• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukang Masak Rugi RM43K Ditipu Pelaburan Emas

oleh Cj Mnh
26/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang tukang masak di sebuah pusat peranginan terkenal kerugian RM43,500 selepas diperdaya untuk menyertai pelaburan emas yang tidak wujud.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt. Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata mangsa yang berusia 39 tahun mendakwa berurusan dengan seorang wanita warganegara China bagi tujuan itu.

Katanya, mangsa mendakwa menghubungi suspek selepas membaca iklan pelaburan tersebut di laman sosial Facebook pada 8 Ogos lalu.

“Suspek didakwa meminta mangsa memasukkan wang itu ke dalam sebuah akaun menerusi empat transaksi yang berbeza selepas dia mendengar penerangan berkaitan pelaburan itu.

“Bagaimanapun, sehingga kini mangsa tidak pernah menerima sebarang pulangan ke atas pelaburannya dan suspek juga telah menghilangkan diri,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir berkata mangsa membuat laporan di balai polis Genting Highlands dekat sini semalam, dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. BERNAMA

Tags: pelaburan emastukang masak
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Polis Kelantan Perketat Kawalan Elak Suspek Bolos Ke Thailand

Pengurus Jualan Rugi Setengah Juta Ringgit Diperdaya Pelaburan Emas Tak Wujud

15/04/2024
0

Johor Bahru: Pengurus jualan syarikat elektronik bukan sahaja berputih mata malah menanggung kerugian RM577,912 selepas terpedaya dengan sindiket menawarkan pelaburan...

Guru Rugi RM89,000 Ditipu Pelaburan Emas Dalam Talian

Guru Rugi RM89,000 Ditipu Pelaburan Emas Dalam Talian

23/07/2023
0

Sibu : Guru sebuah sekolah swasta di sini, 'berputih mata' apabila wang pelaburannya sebanyak RM89,000 hangus akibat menjadi mangsa penipuan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd