• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengurus Jualan Rugi Setengah Juta Ringgit Diperdaya Pelaburan Emas Tak Wujud

oleh Mohd Arshad
15/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kelantan Perketat Kawalan Elak Suspek Bolos Ke Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru: Pengurus jualan syarikat elektronik bukan sahaja berputih mata malah menanggung kerugian RM577,912 selepas terpedaya dengan sindiket menawarkan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Lim Jit Huey berkata, lelaki berusia 58 tahun itu membuat laporan polis semalam selepas menyedari diperdaya.

Katanya, mangsa mendakwa mengenali seorang wanita dikenali sebagai Amy menerusi aplikasi WeChat pada Januari lalu.

“Suspek menawarkan pelaburan emas kepada mangsa menerusi aplikasi Upbest.

“Kemudian mangsa berminat untuk menyertai pelaburan tersebut kerana dijanjikan akan mendapat pulangan sebanyak 10 peratus dari jumlah modal yang dimasukkan dalam tempoh 60 minit. Keuntungan juga akan diperolehi setiap kali mangsa melakukan transaksi pelaburan.

“Tertarik dan percaya dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa telah mengikut arahan suspek dengan membuat bayaran ke beberapa akuan bank tempatan berjumlah RM577,912.

“Mangsa mendakwa pelaburannya telah menjana keuntungan sebagaimana dipaparkan dalam aplikasi Upbest, namun wang tersebut gagal dikeluarkan atas pelbagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Jit Huey, mangsa juga sering didesak oleh suspek untuk membuat bayaran tambahan pelaburan lagi sekali gus membuatkan mangsa sedar dia sedang diperdaya dan membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

HarianMetro-

Tags: pelaburan emaspengurus jualanRugi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Kelantan Perketat Kawalan Elak Suspek Bolos Ke Thailand

Next Post

Tiga Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

Related Posts

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

Wanita Rugi RM106,012 Terpedaya Beli Emas Murah Melalui TikTok

Wanita Rugi RM106,012 Terpedaya Beli Emas Murah Melalui TikTok

07/04/2024
0

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita kerugian RM106,012 selepas terpedaya dengan penipuan yang menggunakan taktik pembelian emas dengan harga murah melalui media...

Next Post
Pengurus Jualan Rugi Setengah Juta Ringgit Diperdaya Pelaburan Emas Tak Wujud

Tiga Kedai Roti Kembali Beroperasi Di Gaza Dengan Bantuan PBB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd