• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perkasa Bahasa Melayu Perlu Sokongan Semua

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Usaha kerajaan negeri Melaka untuk terus memperkasa bahasa Melayu selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa rasmi negara yang menjadi medium perpaduan kaum memerlukan sokongan semua pihak terutama masyarakat.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata pihaknya sentiasa mengutamakan kepentingan berbahasa Melayu dengan tepat bukan hanya dalam urusan perkhidmatan awam, bahkan pada papan tanda, sebarang bentuk iklan, premis bangunan dan perniagaan.

“Kita akan terus komited menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi memelihara kedaulatan bahasa Melayu, namun ia memerlukan komitmen berterusan yang perlu dipimpin kerajaan dan disokong masyarakat pelbagai lapisan di negeri ini.

“Jika semua pihak berganding bahu melaksanakan kerja masing-masing, maka visi kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan melaksanakan tugas agar bahasa Melayu tidak dianaktirikan, dapat dicapai,” katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Terdahulu, Adly merasmikan program Diskusi Bahasa: Penyatuan Bangsa Malaysia Dalam Kepelbagaian Bahasa sempena Gerakan Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat negeri dan Karnival Bahasa UTeM yang turut dihadiri Naib Canselor (Universiti Teknikal Malaysia Melaka) UTeM, Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.

Mengulas lanjut, Adly berkata kemajuan dalam ekonomi, industri dan teknologi perlu seiring dengan perkembangan bahasa, kebudayaan, kesusasteraan dan kesenian dalam kehidupan.

“Ini berikutan ia sangat dekat dengan imej Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan yang bukan hanya unik melalui kepelbagaian bahasa malah pada nilai dan warisan ketara dan tidak ketara sedia ada yang masih dikekal dan dipertahan sehingga kini.

“Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu akan kita jadikan sebagai jaringan untuk berkomunikasi dalam menyalur dan menyampaikan keberkesanan dan ketelusan terhadap penyampaian dan ketepatan terhadap sesuatu maklumat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Adly ZahariBahasa Melayu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd