• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tukar Botol Plastik Dengan Tiket Bas

oleh Ahmad Albab
24/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SURABAYA – INDONESIA . Bandar kedua terbesar di Indonesia telah menghasilkan cara baharu untuk menggalakkan penduduknya mengitar semula sisa dengan menawarkan tiket bas percuma sebagai pertukaran dengan botol plastik telah digunakan.

Di bawah skim dilancarkan Surabaya pada April lalu, penumpang boleh menaiki bas merah dengan menukarkan botol plastik di terminal atau ‘membayar’ secara terus dengan botol plastik.

Untuk mendapatkan dua jam tiket bas, penumpang perlu menukarkan 10 cawan plastik lima botol plastik bergantung kepada saiznya.

Difahamkan, Surabaya adalah yang pertama di Indonesia yang melaksanakan skim tersebut dan ia berharap dapat mencapai sasaran menjadi bandar bebas sisa plastik menjelang 2020.

“Sisa sampah seperti botol plastik mencemari kawasan kejiranan di bandar ini. Jadi, idea ini bukan hanya untuk menjadikan alam sekitar lebih bersih dan membantu meringankan beban pengutip sampah,” kata penduduk, Linda Rahmawati.

Data bandar itu menunjukkan 15 peratus atau hampir 400 tan sisa harian di Surabaya adalah plastik.

Bas boleh mengutip sehingga 250 kilogram sisa botol plastik sehari atau kira-kira 7.5 tan sebulan yang kemudiannya akan dilelong kepada syarikat kitar semula.

Wang yang diperoleh daripada sesi lelongan itu akan digunakan untuk menjalankan operasi bas dan membiayai kawasan hijau di bandar tersebut. – Reuters/SINAR HARIAN ONLINE

Tags: IndonesiaKitar Semula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd