• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Bayaran Balik GST Sebelum Sesi Parlimen Berakhir

oleh Cj Mnh
23/10/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berharap dapat membuat rumusan susulan prosidingnya mengenai tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM19.4 bilion sebelum sesi Parlimen berakhir Disember ini.

Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata ketika ini jawatankuasa itu masih perlu memanggil beberapa saksi sebelum membuat rumusannya yang kemudian akan dibentangkan ke Parlimen.

“(Soal) bayaran balik GST kita harap dapat selesaikan sebelum akhir sidang Parlimen ini dan selepas saksi terakhir dipanggil, kita akan buat rumusan dan kemukakan ke Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas prosiding PAC yang memanggil bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memberi keterangan di sini hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Mohd Irwan Serigar telah dipanggil dua kali dan memberi cukup maklumat mengenai isu berkenaan kepada PAC.

Menurutnya, Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam dan bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak, masing-masing dipanggil berbuat demikian hari ini dan esok.

“Selepas ini, kita akan tetapkan tarikh lain untuk Najib dan setelah itu kita boleh membuat rumusan prosiding mengenai tuntutan bayaran balik GST,” katanya.

Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen ke-14 bermula 15 Okt lalu dan berakhir 11 Dis.

Dalam pada itu, Kiandee berkata prosiding mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pula akan dimulakan pada 29 Okt dengan saksi pertama dipanggil adalah bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

“Kita ada senarai 20 saksi. Ia akan menjadi prosiding yang mengambil masa lama,” katanya. – BERNAMA

Tags: bayaran balik GSTprosiding
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

Kehadiran Najib Disambut Laungan ‘Hidup Bosku’

06/01/2025
0

PUTRAJAYA: Lebih 100 penyokong Datuk Seri Najib Razak dan penyokong PAS berkumpul di luar Istana Kehakiman bagi menyertai solidariti terhadap...

Peguam Negara Perlu Perjelas Punca Henti Prosiding Bela Diri Ahmad Zahid

Peguam Negara Perlu Perjelas Punca Henti Prosiding Bela Diri Ahmad Zahid

05/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara wajib memberi penjelasan penuh mengenai keputusan pendakwa raya memberhentikan prosiding bela diri Timbalan Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd