• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangunan Sukan Luar Bandar Tingkat Penglibatan B40

oleh
21/10/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Pembangunan sukan di kawasan luar bandar adalah penting dalam usaha Kementerian Belia dan Sukan meningkatkan penglibatan kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40) dalam sukan, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata usaha itu memberikan peluang seluasnya kepada rakyat dalam kumpulan B40 untuk memajukan diri dalam sektor sukan selain memberikan ruang kepada kumpulan itu terutama golongan remaja terlibat dalam aktiviti hidup yang sihat.

“Tidak adil sekiranya pembangunan sukan itu hanya berfokus kepada kumpulan M40 (isi rumah berpendapatan pertengahan) dan T20 (isi rumah berpendapatan tertinggi), justeru perlu ada kesaksamaan pembangunan sukan di luar bandar dengan di bandar.

“Johor misalnya pembangunan sukan itu tertumpu kepada kawasan selatan, jadi Saddiq hendak bawakan pembangunan itu ke kawasan utara terutama di Muar ini supaya semua B40, M40 dan T20 nikmati pembangunan ini,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Motivasi Bersama Ikon 2018 di Bakri di sini dihadiri lebih 100 pelajar sekolah seluruh daerah Muar.

Bagaimanapun Syed Saddiq berkata semua pihak termasuk rakyat perlu bekerjasama bagi menjaga dan menyelenggara infrastruktur sukan yang disediakan bagi membolehkan infrastruktur itu digunakan oleh ramai orang dan dalam tempoh panjang.

“Infrastruktur sukan di Muar ini sudah ada seperti 30 gelanggang futsal tetapi ia tidak dijaga dan diselengara baik sehingga kos membaiki lebih mahal daripada kos bina semula.

“Namun Saddiq akan terus berusaha seperti baru-baru ini Saddiq nak majukan infrastruktur sukan di Tanjung Ketapang (di sini) dan bangunkan hub sukan di Muar,” katanya.

Pada program itu juga Syed Saddiq bercerita tentang perjalanan hidupnya yang mana ketika bersekolah beliau merupakan seorang ‘budak nakal’, namun keinginannya memasuki Maktab Tentera Diraja dan minatnya dalam bidang ketenteraan mengubah dirinya.

“Inilah hidup kita, apabila kita ada kemahuan dan minat kita akan cari jalan untuk mencapainya walau apa cara sekalipun. Dengan itu kita ada fokus dan objektif dalam hidup yang seterunya mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik,” katanya. – BERNAMA

Tags: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Syed Saddiq Kekal Pengakuan Tak Bersalah

10/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini,...

Syed Saddiq Mengaku Tak Bersalah 2 Tuduhan Ubah Wang Haram

05/08/2021
0

JOHOR BAHRU - Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan mengikut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd