• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pramugara Kantoi Curi Lebih RM21K, Buang Dalam Lubang Tandas

oleh Ahmad Albab
19/10/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pramugara mencuri duit Dh18,550 (RM21,008) penumpang dan mengepamnya ke dalam tandas sebuah pesawat dari Bangkok ke Dubai pada 21 Jun lalu.

Pramugara berusia 37 tahun dari Mesir itu mengaku mencuri wang dari dompet tiga adik-beradik ketika mereka meninggalkan tempat duduk untuk melihat bapanya yang sakit di kerusi lain dalam penerbangan kelas bisnes yang sama.

Ketika kembali ke tempat, ketiga-tiga beradik itu menyedari wang tunai dalam dompet mereka hilang $2,600 (RM10,813) dan Dh9,000 (RM10,192).

Selepas memaklumkan kepada kru pesawat, seorang pramugari membawa mereka ke bahagian dapur kelas pertama.

Di situ, pramugari tersebut mengambil gambar baki wang yang masih disimpan mereka berikutan mempunyai nombor siri sama dengan yang dicuri.

Selepas mendarat, polis tiba membuat pemeriksaan beg dan dompet ketiga-tiga mangsa.

Mereka diarahkan untuk tidak menyentuh barang-barang tersebut.

Akhirnya, polis dapat memadankan cap jari pramugara dengan resit yang berada dalam dompet.

Salah seorang daripada mangsa itu menceritakan bahawa sebelum mengetahui kecurian itu, dia melihat pramugara tersebut membeli minyak wangi di bahagian bebas cukai bernilai Rp1, 000.

Pramugara itu ditangkap pada 24 Julai.

Pada mulanya dia menafikan mencuri malah menegaskan dia turut membantu penumpang-penumpang itu.

Namun selepas itu, dia mengaku dan telah mengepam duit itu ke dalam tandas selepas mengetahui polis dipanggil sebelum pesawat mendarat.

Perbicaraan ditangguhkan sehingga 11 November ini. -Philippine Daily Inquirer/Asia News Network/ The Star/mStar Online

Tags: Kes CuriPramugara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

Wanita Dituduh Curi 47 Barang Pasar Raya Serentak

27/03/2024
0

Kuala Terengganu : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, tadi, atas tuduhan mencuri pelbagai jenis barangan...

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

Tiga Anggota Polis Ditahan Curi RM85,000 Semasa Operasi Di ‘Mini Dhaka’

24/12/2023
0

KUALA LUMPUR : Tiga anggota polis dipercayai daripada Pasukan Gerakan Am Briged Tengah ditahan selepas disyaki mencuri wang berjumlah RM85,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd