• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jaga Dijel 39 Bulan Rompak Guna Parang

oleh Ahmad Albab
18/10/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman penjara 39 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan melakukan rompak berkumpulan menggunakan parang terhadap seorang pekerja farmasi dan seorang pelajar.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Sulaiman Najib Deen, 31, selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua perbuatan tersebut masing-masing pada 20 Februari dan 24 Mac tahun ini.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 36 bulan manakala 39 bulan penjara bagi pertuduhan kedua dan memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 26 Mac lalu.

Anak ketiga daripada enam beradik itu didakwa telah melakukan rompak berkumpulan ke atas pekerja farmasi, Ng Hang Hiong, 52, dengan menggunakan sebilah parang di hadapan rumah di Jalan Mata Air, Taman Genting Setapak, Wangsa Maju, di sini pada 1.30 pagi, 20 Februari lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Sulaiman dituduh merompak seorang pelajar, Hong Kai Yin, 22, menggunakan senjata sama dan merampas dompet dan telefon bimbit milik mangsa di Jalan Genting Kelang, Wangsa Maju, di sini pada 11.15 malam, 24 Mac lalu.

Kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Aisyah Ahmad memohon hukuman berat berbentuk pemenjaraan mengambil kira faktor kesalahan yang dilakukan adalah serius dan sebagai pengajaran kepada tertuduh.

“Barang kes tidak dijumpai semula dan mangsa turut mengalami kerugian walaupun tiada sebarang kecederaan dialami. Mohon satu hukuman yang dapat menginsafkan tertuduh,” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam S. Dev memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya tidak berkemampuan selain perlu menanggung ibunya yang merupakan ibu tunggal.

“Ketika tangkapan, anak guam saya juga telah mengalami kecederaan sehingga patah kaki kiri dan sedang menjalani rawatan susulan di Hospital Sungai Buloh,” katanya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: pengawal keselamatanPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd