• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Trak Malaysia Buat Palu Tersenyum

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA PALU- INDONESIA – Senyuman manis terukir di wajah penduduk dengan kehadiran 10 buah ‘trak Malaysia’ di jalanan Kota Palu berlatarkan runtuhan bangunan di sini hari ini.

Senyuman itu penuh bermakna, namun mudah untuk menterjemah apa makna di sebaliknya.

Kegembiraan, kelegaan dan kesyukuran, itulah yang dapat wartawan tafsirkan mengenai senyuman itu, sesuatu yang sekian lama hilang sejak warga kota ini diuji dengan tragedi gempa bumi dan tsunami pada 28 September lalu.

Ini kerana, ‘trak Malaysia’ yang dibaluti Jalur Gemilang itu membawa muatan berupa barangan keperluan iaitu 3,000 pek makanan, 2,000 pek kebersihan (hygiene pack), 2,000 pek solat mengandungi sejadah dan telekung selain susu bayi, susu ibu mengandung, lampin bayi dan tuala wanita.

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada program misi kemanusiaan kali kedua oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Jelas, bantuan ini tiba tepat pada masanya, di saat penduduk semakin kesempitan keperluan asas dan masih berusaha untuk bangkit daripada tragedi menyayat hati itu.

Trak yang membawa bekalan itu selamat tiba di Palu selepas menempuh perjalanan darat sejauh lebih 900 kilometer dari Makassar dengan perjalanan memakan masa kira-kira 37 jam.

Kesemua barangan bantuan berkenaan akan diedarkan sepenuhnya kepada mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di kawasan sekitar Palu pada esok. – Bernama

Tags: bantuanPalu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

Public Health Malaysia Hargai Sumbangan Kerajaan Johor, Onn Hafiz

09/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Laman media sosial Public Health Malaysia (PHM) hari ini secara terbuka menyatakan penghargaan terhadap kerajaan Johor di...

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

Bangladesh Minta Bantuan Malaysia Bekalkan LNG – PMX Anwar

28/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Bangladesh memohon bantuan Malaysia membekalkan gas asli cecair (LNG) bagi membantu memenuhi keperluan mendesak negara itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd