• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modal Asing Terus Mengalir Keluar

oleh Cj Mnh
16/10/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon Malaysia berterusan untuk bulan kedua berturut-turut pada September, sebanyak RM3 bilion, melebihi RM2.4 bilion pada bulan sebelumnya, kata RAM Rating Services Bhd.

Ketua Penyelidik, Kristina Fong, berkata faktor luaran kekal sebagai pemacu utama aliran ini dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada jajaran 2.0 hingga 2.25 peratus, kenaikan ketiga tahun ini.

Pertikaian perdagangan AS-China terus memberi tekanan kepada risiko global dan mencari ruang untuk menghindarinya, dengan September merekodkan satu lagi tarif balas kedua-dua pihak, katanya dalam satu kenyataan.

Di peringkat tempatan, Fong menjangka, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada masa hadapan memandangkan ketidaktentuan masih menyelubungi prospek pertumbuhan domestik dan luaran, di tengah-tengah pengetatan kecairan global dan kebimbangan geopolitik.

“Keseimbangan pertumbuhan dan tekanan aliran keluar meletakkan bank pusat berhadapan dengan pilihan yang sama sekali tidak diingini, kerana kekal dalam kedudukan sekarang adalah tindakan dasar yang paling optima,” katanya.

Fong berkata, pelabur tempatan dan asing menunggu pengumuman pembentangan semakan semula jangka sederhana Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2019 pada 18 Oktober dan 2 November depan, untuk mendapatkan panduan fiskal yang lebih kukuh terhadap hutang Malaysia dan trajektori defisit fiskal.

Kekuatan ekonomi makro tempatan tidak dijangka akan mendorong sebarang aliran masuk modal asing yang ketara sehingga sesuatu yang lebih jelas muncul, tambahnya. – BERNAMA

Tags: modal asingpasaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salahuddin Akui Telur Ayam Tiada Di Pasaran

Salahuddin Akui Telur Ayam Tiada Di Pasaran

05/12/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub mengakui bahawa negara sedang berdepan masalah...

Tindakan Sarawak Akan Jejas Pasaran Produk Petroleum

07/11/2018
0

KUCHING – Tindakan Kerajaan Negeri mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarkan di negeri ini akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd