Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

QZ8501: Rumah Hayati Lutfiah...

Nampaknya ada cerita menarik mengenai mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Hayati Lutfiah yang...

Kebakaran Apartmen Cetus Panik...

KEBAKARAN besar di Menara Grenfell di Jalan Latimer dekat Notting Hill, barat London...

Kadar Kematian Kemalangan Di...

SANDAKAN - Kadar kematian disebabkan kemalangan jalan raya di Sabah semakin menurun setiap...

Filipina Buka Semula Boracay...

BERSIH... Boracay, destinasi pelancongan terkenal Filipina, akan dibuka semula untuk jalani beberapa ujian...

Modal Asing Terus Mengalir Keluar

KUALA LUMPUR – Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon Malaysia berterusan untuk bulan kedua berturut-turut pada September, sebanyak RM3 bilion, melebihi RM2.4 bilion pada bulan sebelumnya, kata RAM Rating Services Bhd.

Ketua Penyelidik, Kristina Fong, berkata faktor luaran kekal sebagai pemacu utama aliran ini dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan Kadar Dana Persekutuan sebanyak 25 mata asas kepada jajaran 2.0 hingga 2.25 peratus, kenaikan ketiga tahun ini.

Pertikaian perdagangan AS-China terus memberi tekanan kepada risiko global dan mencari ruang untuk menghindarinya, dengan September merekodkan satu lagi tarif balas kedua-dua pihak, katanya dalam satu kenyataan.

Di peringkat tempatan, Fong menjangka, Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada masa hadapan memandangkan ketidaktentuan masih menyelubungi prospek pertumbuhan domestik dan luaran, di tengah-tengah pengetatan kecairan global dan kebimbangan geopolitik.

“Keseimbangan pertumbuhan dan tekanan aliran keluar meletakkan bank pusat berhadapan dengan pilihan yang sama sekali tidak diingini, kerana kekal dalam kedudukan sekarang adalah tindakan dasar yang paling optima,” katanya.


Fong berkata, pelabur tempatan dan asing menunggu pengumuman pembentangan semakan semula jangka sederhana Rancangan Malaysia ke-11 dan Bajet 2019 pada 18 Oktober dan 2 November depan, untuk mendapatkan panduan fiskal yang lebih kukuh terhadap hutang Malaysia dan trajektori defisit fiskal.

Kekuatan ekonomi makro tempatan tidak dijangka akan mendorong sebarang aliran masuk modal asing yang ketara sehingga sesuatu yang lebih jelas muncul, tambahnya. – BERNAMA

Kategori